Juara lagu

Apa nak buat malam ni ek? Erm, main game pun okay jugak.
Eh, sape mesej ni? Oh, sara.
"Bai, malam ni ko tgk AJL x?"
rep:"Klu xde keje aku tgk la kot.xde sape pun kat umah aku tgk."
"Pick aku boleh?"
rep:"Ah maleesss. Datang r sndri. Blk aku hantar boleh la."
"haha.orait.aku takut balik sesorg."

....................................................................................

Sekarang tengah layan AJL. Lagu Faizal Tahir, Hafiz dgn Aizat memang de Best la. Lagu lain pun okay gak. Layan la semua. Sambil tengok AJL, sambil tu tukar-tukar tengok final Nadal lawan Djokovich. Lama betul diorang main. Sampai nak dekat 6 jam. Yang tengok pun penat apalagi yang main tu.Fuhh!


thats all..

Bosan lagi

Sejak seminggu ni macam malas yang teramat pulak rasanya. Macam-macam kerja yang delay tapi takde satupun yang betul-betul finish on time. Mesti ada lambat sehari dua. Ohhh...kenapalah begini?

Nak kena tukar tiket balik Malaysia sebab jadual untuk department baru dah keluar. Bulan 5 nanti baru boleh balik, Isk, lama betul. Rindu betul nak jumpa parent. Malam ni nak call ibu ayah tanya kabar.

"Dalam hidup ini orang sering mengawini orang yang tidak dicintai dan mencintai orang yang tidak bisa dikawini." (S.Belen)

thats all..

Want some photo shooting

Rasa macam dah lama tak bergambar sana sini. Rasa geram je tengok kamera tu. Bila la agaknya nak free nih? Cuti raya cina semalam duduk rumah je. Tak kemana pun. study sikit untuk kes nanti. Lepas tu belajar gitar gak. Ada yang menarik kat youtube yang buat rasa nak main gitar je sampai tengah malam. huhu

Semalam ada kat Discovery channel pasal human body dan martial arts. Bila tengok citer tu rasa semangat je nak belajar kungfu. Haisyh. Mesti best kalau boleh belajar sikit-sikit. Ada ke belajar kungfu online? Pernah tak ada orang terfikir nak buat camtu? Kan sekarang ni zaman global. Semua information ada kat hujung jari.


thats all..

Immigration, please!

 Hati dah ready nak balik Malaysia, tup tap tup tap, datang lagi masalah. Amboi..tak boleh tengok aku senang sikit. Kali ni sebab kertas SPP tak jumpa. Nak buat permit balik kena ada surat rektor which nak buat surat rektor tu kena lampirkan salinan SPP. Now, cari SPP tak jumpa pulak. Habis satu bilik aku cari..Mana la kau menyorok ni oh SPP??

Kalau tak jumpa jugak, maknanya kena tunggu bayar yuran nanti la baru boleh buat surat tu. Which mean jugak, yang aku takkan dapat balik Malaysia bulan ni. Hampeh. Takpe-takpe. Cari je dulu slow-slow. Mesti ada somewhere tu.


Pagi ni tak banyak kerja sangat. So, aku pun ambil la peluang ni nak susun budget bulanan sebab dah asyik overspent je setiap bulan. Nak kata biaya hidup kat sini murah, aku rasa sama je dengan Malaysia. Tapi kalau tambah dengan fitness nya barang memang banyak jugak la duit mengalir keluar. Makan kalau asyik bungkus kat kedai je memang berat sikit poket. Tapi kalau nak masak, malas la pulak. Hujung minggu ke, petang-petang ke, rajin la sikit aku nak masak. So memang kena berjimat bulan ni dan bulan depan. Balik Malaysia nanti makan la puas-puas. Lagi best.

thats all..

Both tyre

Masa klinikal ni yang penting adalah semangat, ilmu  pengetahuan dan duit. Tiga-tiga ni sangat la penting. Kalau takde salah satu macam tak leh jalan lah klinikal kat sini. Ibarat nya macam Semangat dan Duit adalah tayar basikal. Ilmu pengetahuan pulak kawal basikal tu sebagai handle basikal.

Mungkin kalau basikal ni adalah aku, maknanya sekarang tayar depan dengan tayar belakang aku tengah pancit. Nak kena isi angin balik dan kena buat dengan cepat. Tapi handle pun macam tak berapa nak betul sikit. Macam baru-baru belajar naik basikal juga la. Asal kan tak sesat sudah.

thats all..

My head gonna blow

Malam tadi aku tidur dengan 1001 perkara bermain kat otak aku. Fikir pasal klinikal yang tak siap-siap, pasal yuran yang mahal nak kena bayar, pasal pasien yang tak nak datang walaupun dah cakap free of charge, pasal awek yang terlepas pergi, pasal solat jemaah yang dah lama tak join. Macam-macam. Sampai satu point yang aku rasa pening sangat sebab fikir benda-benda ni, aku rasa dunia ni berpusing, aku ingat ada gempa bumi, aku terus terjaga. Pandang kanan kiri. Tengok-tengok betul ke ada gempa.

Senyap.

Sunyi.

Tak ada apa-apa pun. Sah. Memang kepala aku yang tengah serabut gila ni.

Lepas tu aku sedar lagi sekali bila jam alarm aku berbunyi. Bangun, terus ambil wudu' dan sembahyang subuh. Habis sembahyang aku baring balik kat tilam, ready nak tidur. Tak lama lepas tu baru terdengar azan subuh. Shit. Aku sembahyang awal sangat tadi rupanya. Dah lama tak bangun subuh sampai tak tahu pukul berapa masuk waktu. Aku pun bangun dan sembahyang subuh sekali lagi.


Thats all..

I'm lost

Setiap hari pergi kerja, tapi setiap hari takde hasil. Pergi Punch card pastu balik tido. Kalau tak tido pun, mesti lepak depan tv. Pasien tak cari lagi. Kasus entah ke mana, aku entah ke mana.

Damn!

thats all..

New Year New stuff

New Year Eve's hari tu, kitorg buat BBQ kat rumah aku. So dari pagi lagi dah busy ke pasar beli ayam dan sayur. Dah siap peram ayam, kemas rumah pula. Dari dapur sampai ke laman rumah, semua aku kemas. Walaupun tak berapa nak teliti tapi sedap la mata memandang. Lepas tu ready pula coleslaw. Dah siap potong-potong semua, masukkan dalam fridge pastu tunggu sampai pukul 4 nanti baru stat masak.

Menu untuk malam tu tak banyak mana pun. Ayam bakar, kentang goreng, coleslaw, ubi rebus. Okay la untuk belanja sorang Rp15,000-. Siap ada lebih sikit ayam dengan ubi. Sambal pun dari tak berapa nak jadi, terus okay bila makan dengan coleslaw. Puas hati bila dapat buat aktiviti macam ni sekali sekala. Tapi sayang sebab tak ambil gambar. Just makan-makan camtu je.


Menu lunch dekat Warung Netral. Setiap hari makan Nasi Ayam Kentucky dan kuah kari. Terbaik!

thats all..