Bila mengantuk

Dalam seminggu ni asyik mengantuk je waktu klinik. Semua pun pasal Euro. Kenapa la diorang tak buat match malam ke kat sana. Biar la kita pula tengok pagi-pagi. Takde la terhangguk-hangguk masa kerja. Nasib baik tak cabut gigi. Silap-silap,. boleh tersalah cabut gigi lain pulak. Perghh. Memang haru la kalau jadi macam tu. Aku sokong German dengan Portugal dengan harapan dua-dua team ni akan jumpa kat final. Tapi nampak gayanya tinggal German je yang ada peluang lagi. Jap lagi match German vs Itali. Harap-harap la best. Berbaloi sikit bersengkang mata sampai subuh.

Ada orang bayar zakat hari tu. Zakat hasil. Dia ada bukak bisnes ternak ayam. Hasil dia agak lumayan jugak. Memang tak sama dengan gaji doktor, tapi setakat RM 2ribu setiap bulan tu memang ada dalam poket. So dia nak bayar zakat. Ada la dalam 8 guni beras nak bagi kat anak yatim. Esok petang aku dah kena hantar semua beras ni ke rumah anak yatim. Sekampit beras untuk member-member dia. Aku la tu. Bagus jugak dia ni. Tetap beringat pada mereka yang susah. Semoga rezeki dia sentiasa dimurahkan oleh Allah. Amin.


thats all..

Rezeki halal

Dalam sebulan ada la dapat RM400 ringgit jadi freelancer ni. Mula sikit-sikit dulu. Yang penting halal. Boleh la beli baju tshirt baru ke, kemeja baru. Memang masa start jadi freelancer ni, memang tak berniat pun nak ber-bussiness. Tapi itulah nama dia rezeki. Best kalau hobi jadi kerja. Rasa happy je masa kerja.

Tapi mak dah pesan awal-awal. Jangan sampai ganggu belajar. Kena tahu mana priority. Yang lebih utama, itu yang perlu dahulukan. Belajar ni tanggungjawab. Fotografer tu hobi je. Anak mak ini akan ingat pesan mak. Ni haa picture pilihan kali ni. Boleh polish lagi skill ni. Banyak nak kena belajar lagi pasal fotografi dan modelling.

Kakak kat kedai gambar tempat aku cuci gambar tanya,"Ni amik gambar kat studio ke?Ada backdrop siap".
"Tak lah. Kat taman je. Backdrop ni lekat kat dinding je. Nape? Cantik macam gambar studio ek? hehe."
Bangga pula rasa ada orang cakap macam tu.

thats all..

Buat-buat lagi

Dah lama tak pergi kenduri kahwin. Hari ini dapat jugak rasa juadah orang kahwin setelah lama tak menjamah nasi kawah. Bila tengok kenduri tadi, tetiba banyak pulak idea aku nak buat time kahwin nanti. Start dari gambar pre-wedding sampai la ke pelamin. Pergh. Nak cantik-cantik memang boleh, tapi belanja nanti komfem banyak gila habis duit.
Antara banyak-banyak marriage proposal yang aku tengok, yang paling menusuk kalbu aku bila tengok Joey nya porpose. Artis Malaysia yang porpose masuk tv memang tak banyak, tapi dia yang paling stylo. Cool je bila dia propose masa hari jadi kekasih dia. Takde dah pakai cincin-cincin. Terus bawak tok kadi dengan saksi semua. So kalau memang dah ready tu, terus je ijabkabul. Sangat cool dan sangat surprise. One day aku nak buat macam ni gak, One day.


thats all..

graduationDay












thats all..