They graduate

Member aku dah ramai yang grad. Tinggal lagi sisa-sisa yang lembab macam aku ni yang tak abis-abis. Kalau ikut kan hati aku memang tak nak aku jadi fotografer diorang. Dah la tak grad lagi, pastu kerja kat klinik pun tak setel lagi. Banyak pulak masa aku nak pergi sibuk-sibuk amik gambar diorang. Tapi aku tahan je rasa tu dalam diri. Takpe. Nanti sampai jugak masa untuk aku bergelar doktor. Sabar.

Nak jadi kes pulak, lecturer aku yang sepatutnya test dengan aku tak datang 5 hari sebab ayah dia meninggal. Tak sampai 3 bulan lepas mak dia baru je meninggal. Masa tu dia down gila sampai 2 minggu lebih dia datang kejap je dalam sejam buat syarat pastu balik rumah. Kali ni aku tak tahu apa jadi kat dia. Aku takut aku tak sempat nak siapkan kes pasien aku sebab belum amik test dengan dia. Adeih.





thats all..

New equipment

Last week aku beli Reflector untuk photoshoot outdoor. Harga standard pasaran aku rasa dalam RM70+- tapi kat sini harga dia mahal skit. Disebabkan aku tak tahu nak tambah apa kat kamera tu yang tak berapa nak mahal, so aku pun angkat la satu. Sekali takde pulak saiz kecik. yang ada saiz besar je. Camne ek?Angkat je la. Lepas beli try sikit amik gambar. Hurm. Okay la. tapi kena position betul2 baru lawa reflection dia.


thats all..

to women


thats all..

Kucing oh kucing

Pernah tak korang terfikir satu hari nanti korang akan berkahwin, pastu ada anak, pastu jaga anak sampai besar, sekolahkan diorang, bagi tuisyen, hantar mengaji, bagi hadiah bila dapat markah tinggi, bila jatuh dan luka korang akan bawa pergi klinik, demam sikit je korang bawa pergi jumpa doktor, bila dia nakal korang akan cubit atau tarik telinga atau rotan dia, pastu dia dah besar dan dah pandai jaga diri, dia akan berjauhan dengan korang, pergi sekolah asrama, seminggu sekali je balik, kadang-kadang sebulan sekali je baru balik, lepas tu hantar belajar keluar negeri sebab dia bijak pandai, mula-mula setiap 6 bulan sekali balik kampung, telefon rumah setiap hari ahad, lama-lama setahun sekali je boleh balik, telefon pun sebulan sekali, kabar berita tak sampai pun kat korang, lepas dah abis belajar dia dapat offer kerja dekat luar negara, korang bangga dapat anak macam dia, pastu dia balik satu hari bawa seorang teman, korang tau yang masa untuk dia berumahtangga dah tiba, korang pun siapkan belanja untuk kenduri kahwin nanti, selepas bertunang dia kerja luar negara, pastu bila tiba masa dia pun berkahwin, gembira dan sedih terlihat kat wajah korang bila akad nikah berlangsung, korang happy sebab dia dah jumpa teman hidup yang sesuai dengan dirinya, lepas kahwin dia pindah rumah dengan pasangan hidupnya, setiap bulan dia akan telefon dan tanya kabar, kemudian setiap nak balik kampung je baru dia telefon, bila dia dah dapat anak korang lah orang pertama yang dia bagitau, cucu pertama korang sangat comel, bila dah dapat anak ke-3, dia dah jarang telefon atau tanya kabar, hanya duit dalam bank yang bertambah sebab dia masukkan setiap bulan untuk korang, pastu korang yang akan telefon dia tanya kabar, tanya pasal keluarga, pasal kerja, pastu korang mula jatuh sakit, hari pertama korang sakit dia balik tengok, masuk hari ke-3 dia kena balik ke rumah dia untuk urus keluarga dan kerja, setiap malam dia telefon, dia akan suruh korang duduk hospital sebab takde orang nak jaga korang kat rumah, bila korang dah keluar hospital dia siapkan orang nak jaga korang, tapi tak tahan lama, pastu dia cadangkan korang duduk kat rumah orang-orang tua, dia pujuk korang sampai korang setuju, walaupun sedih korang tetap pergi sebab taknak susahkan dia, bila dah sampai waktu dipanggil Tuhan korang sebut nama dia, semoga dia ada disisi korang saat itu, tapi...


Its TL;DR (too long, didn't read). Yep, I just scrapped the first thing that came into my mind. No one knows what the future hold for us. Only pray and hope that everything will end well.

Nak cerita pasal anak kucing baru je sebenarnya. Tapi terlajak melayan perasaan jap. hehe
she's cute isn't she? :)

thats all..

Juara lagu

Apa nak buat malam ni ek? Erm, main game pun okay jugak.
Eh, sape mesej ni? Oh, sara.
"Bai, malam ni ko tgk AJL x?"
rep:"Klu xde keje aku tgk la kot.xde sape pun kat umah aku tgk."
"Pick aku boleh?"
rep:"Ah maleesss. Datang r sndri. Blk aku hantar boleh la."
"haha.orait.aku takut balik sesorg."

....................................................................................

Sekarang tengah layan AJL. Lagu Faizal Tahir, Hafiz dgn Aizat memang de Best la. Lagu lain pun okay gak. Layan la semua. Sambil tengok AJL, sambil tu tukar-tukar tengok final Nadal lawan Djokovich. Lama betul diorang main. Sampai nak dekat 6 jam. Yang tengok pun penat apalagi yang main tu.Fuhh!


thats all..

Bosan lagi

Sejak seminggu ni macam malas yang teramat pulak rasanya. Macam-macam kerja yang delay tapi takde satupun yang betul-betul finish on time. Mesti ada lambat sehari dua. Ohhh...kenapalah begini?

Nak kena tukar tiket balik Malaysia sebab jadual untuk department baru dah keluar. Bulan 5 nanti baru boleh balik, Isk, lama betul. Rindu betul nak jumpa parent. Malam ni nak call ibu ayah tanya kabar.

"Dalam hidup ini orang sering mengawini orang yang tidak dicintai dan mencintai orang yang tidak bisa dikawini." (S.Belen)

thats all..

Want some photo shooting

Rasa macam dah lama tak bergambar sana sini. Rasa geram je tengok kamera tu. Bila la agaknya nak free nih? Cuti raya cina semalam duduk rumah je. Tak kemana pun. study sikit untuk kes nanti. Lepas tu belajar gitar gak. Ada yang menarik kat youtube yang buat rasa nak main gitar je sampai tengah malam. huhu

Semalam ada kat Discovery channel pasal human body dan martial arts. Bila tengok citer tu rasa semangat je nak belajar kungfu. Haisyh. Mesti best kalau boleh belajar sikit-sikit. Ada ke belajar kungfu online? Pernah tak ada orang terfikir nak buat camtu? Kan sekarang ni zaman global. Semua information ada kat hujung jari.


thats all..

Immigration, please!

 Hati dah ready nak balik Malaysia, tup tap tup tap, datang lagi masalah. Amboi..tak boleh tengok aku senang sikit. Kali ni sebab kertas SPP tak jumpa. Nak buat permit balik kena ada surat rektor which nak buat surat rektor tu kena lampirkan salinan SPP. Now, cari SPP tak jumpa pulak. Habis satu bilik aku cari..Mana la kau menyorok ni oh SPP??

Kalau tak jumpa jugak, maknanya kena tunggu bayar yuran nanti la baru boleh buat surat tu. Which mean jugak, yang aku takkan dapat balik Malaysia bulan ni. Hampeh. Takpe-takpe. Cari je dulu slow-slow. Mesti ada somewhere tu.


Pagi ni tak banyak kerja sangat. So, aku pun ambil la peluang ni nak susun budget bulanan sebab dah asyik overspent je setiap bulan. Nak kata biaya hidup kat sini murah, aku rasa sama je dengan Malaysia. Tapi kalau tambah dengan fitness nya barang memang banyak jugak la duit mengalir keluar. Makan kalau asyik bungkus kat kedai je memang berat sikit poket. Tapi kalau nak masak, malas la pulak. Hujung minggu ke, petang-petang ke, rajin la sikit aku nak masak. So memang kena berjimat bulan ni dan bulan depan. Balik Malaysia nanti makan la puas-puas. Lagi best.

thats all..

Both tyre

Masa klinikal ni yang penting adalah semangat, ilmu  pengetahuan dan duit. Tiga-tiga ni sangat la penting. Kalau takde salah satu macam tak leh jalan lah klinikal kat sini. Ibarat nya macam Semangat dan Duit adalah tayar basikal. Ilmu pengetahuan pulak kawal basikal tu sebagai handle basikal.

Mungkin kalau basikal ni adalah aku, maknanya sekarang tayar depan dengan tayar belakang aku tengah pancit. Nak kena isi angin balik dan kena buat dengan cepat. Tapi handle pun macam tak berapa nak betul sikit. Macam baru-baru belajar naik basikal juga la. Asal kan tak sesat sudah.

thats all..

My head gonna blow

Malam tadi aku tidur dengan 1001 perkara bermain kat otak aku. Fikir pasal klinikal yang tak siap-siap, pasal yuran yang mahal nak kena bayar, pasal pasien yang tak nak datang walaupun dah cakap free of charge, pasal awek yang terlepas pergi, pasal solat jemaah yang dah lama tak join. Macam-macam. Sampai satu point yang aku rasa pening sangat sebab fikir benda-benda ni, aku rasa dunia ni berpusing, aku ingat ada gempa bumi, aku terus terjaga. Pandang kanan kiri. Tengok-tengok betul ke ada gempa.

Senyap.

Sunyi.

Tak ada apa-apa pun. Sah. Memang kepala aku yang tengah serabut gila ni.

Lepas tu aku sedar lagi sekali bila jam alarm aku berbunyi. Bangun, terus ambil wudu' dan sembahyang subuh. Habis sembahyang aku baring balik kat tilam, ready nak tidur. Tak lama lepas tu baru terdengar azan subuh. Shit. Aku sembahyang awal sangat tadi rupanya. Dah lama tak bangun subuh sampai tak tahu pukul berapa masuk waktu. Aku pun bangun dan sembahyang subuh sekali lagi.


Thats all..