Durian Feast

Hari Sabtu lepas balik dari klinik, ada member sms. Dia tanya nak follow tak pergi makan durian kat rumah Cory. Rumah dia on the way ke Bukit Lawang. Hurmm. Malas sebenarnya nak jalan jauh-jauh ni. Tapi memandangkan masa tu tengah blackout, so tak boleh pun nak buat kerja apa-apa. Battery henset pun dah tinggal satu bar je. Terus aku siap-siap nak pergi sana.

Motor tak berapa nak okay sangat sebab belum servis lagi. Jalan pun teruk sikit masa dah sampai area ladang kelapa sawit. Aku rasa ada la dalam 40km aku bawa motor masa tu. Last-last sampai juga kat rumah dia. Duduk jap bagi hilang penat, lepas tu terus diorang hidang makanan. Pergh.. Ada sambal tempoyak pulak tu. Lama dah tak rasa tempoyak. Habis makan nasi, tuan rumah bawak durian pulak. Dia taruk la dua kotak suruh kitorang habiskan. Makan punya makan, tinggal 2 biji je lagi. Semua dah terbaring kenyang. Komfem malam ni tak boleh tidur sebab panas.




Ni la tuan rumah. Cory. Aku panggil dia comel.

Sampai rumah dah malam. Penat sangat. Terus tidur.

thats all..

Vintage mode

Try out tone untuk vintage. Gambar-gambar lama diberi nafas baru supaya nampak lama. Belajar-belajar editing pula sekarang. Banyak betul cara edit gambar. Next time kalau free nak try HDR pulak.







Gambar kat bawah ni my favourite. Betul-betul menyerlah keayuan beliau.






thats all..

Umur singkat

Dah lama tak lepak ramai-ramai dengan member kat mall. Bila entah last lepak-lepak minum-minum. So hari ni aku follow budak local makan sushi. Ada la 5 orang termasuk aku. Dua indo girl, yg lain Malaysian. Ternyata sushi memang tak kena dengan lidah aku. Mahal jugak tapi kalau dah tak boleh nak paksa masuk mulut nak buat macam mana lagi. Last-last, member aku yang perabis semua. Aku duk refill minum je sepanjang duduk situ.

Waktu tu still petang lepas asar kitorang sampai. Ingat lepas magrib nak balik, sekali tengok luar rupanya hujan tengah mencurah-curah turun. Lebat sangat. Nak tak nak, kitorang jalan-jalan la pusing mall tu. Sampai sakit kaki. Cari tempat nak duduk pulak. Kitorang sampai kat cafe ni. Comel je tempat dia. Teddy Coffee.
Sempat la amik gambar dua tiga, tapi masa balik aku terpaksa bagi camera ke kawan aku yg naik teksi. Kalau bawa nak motor nanti rosak pulak camera aku kena hujan. Melayang RM4000 sia-sia je. So yang ada gambar henset je.



Balik je dari mall hujan dah reda sikit. Sebab nak main futsal sangat, aku redah je. Tak kira dah basah kuyup ke tak,. Sampai rumah, mandi sikit lepas tu terus main futsal. Memang sakit kaki lepas tu. Dah la penat round-round mall, tambah lagi dengan futsal. Perghh. Merana jugak la kalau takde minyak urut ke minyak gamat.

Best dapat hang out dengan member-member. Baru aku sedar aku dah lama tak keluar untuk fun time. Cuma futsal je. Kalau tak, memang duduk rumah je la menghadap laptop dan gitar.

thats all..

Thailand for coming

Baru-baru ni lagi ada kawan satu fakulti call. Dia nak nak pakai fotografer untuk majlis perhimpunan keluarga dia. Aku tak berapa sure nak cakap okay ke tak sebab aku tahu aku belum mampu nak handle event besar-besar lagi. Equipment camera pun ala kadar je tak mencapai tahap advance amateur lagi. Tapi dia pujuk jugak suruh aku jadi fotografer sebab dia tak sempat nak cari lain. Lagi pun dia kata dia yang nak ada gambar-gambar ni nanti, inisiatif sendiri la katakan. Setakat jumpa tangkap gambar pakai camera biasa, dah selalu sangat dah. So dia nak orang luar jadi fotografer supaya semua orang boleh masuk gambar nanti. Ya, aku malas sebenarnya.  Tapi last-last aku cakap okay jugak. Haih.

Tadi pergi kedai camera nak hantar baiki lens yang lama tu. Sayang sebab gambar dari lens tu cantik-cantik. Lens yang ada sekarang ni multipurpose. Jauh boleh, dekat pun boleh. Tapi tak sama macam originalnya lens camera. Just untuk sementara boleh la. Nanti dah kerja boleh ganti lens dah.

Gambar last time balik cuti Malaysia. Driving my mum to her work.

thats all..