Pernah tak korang terfikir satu hari nanti korang akan berkahwin, pastu ada anak, pastu jaga anak sampai besar, sekolahkan diorang, bagi tuisyen, hantar mengaji, bagi hadiah bila dapat markah tinggi, bila jatuh dan luka korang akan bawa pergi klinik, demam sikit je korang bawa pergi jumpa doktor, bila dia nakal korang akan cubit atau tarik telinga atau rotan dia, pastu dia dah besar dan dah pandai jaga diri, dia akan berjauhan dengan korang, pergi sekolah asrama, seminggu sekali je balik, kadang-kadang sebulan sekali je baru balik, lepas tu hantar belajar keluar negeri sebab dia bijak pandai, mula-mula setiap 6 bulan sekali balik kampung, telefon rumah setiap hari ahad, lama-lama setahun sekali je boleh balik, telefon pun sebulan sekali, kabar berita tak sampai pun kat korang, lepas dah abis belajar dia dapat offer kerja dekat luar negara, korang bangga dapat anak macam dia, pastu dia balik satu hari bawa seorang teman, korang tau yang masa untuk dia berumahtangga dah tiba, korang pun siapkan belanja untuk kenduri kahwin nanti, selepas bertunang dia kerja luar negara, pastu bila tiba masa dia pun berkahwin, gembira dan sedih terlihat kat wajah korang bila akad nikah berlangsung, korang happy sebab dia dah jumpa teman hidup yang sesuai dengan dirinya, lepas kahwin dia pindah rumah dengan pasangan hidupnya, setiap bulan dia akan telefon dan tanya kabar, kemudian setiap nak balik kampung je baru dia telefon, bila dia dah dapat anak korang lah orang pertama yang dia bagitau, cucu pertama korang sangat comel, bila dah dapat anak ke-3, dia dah jarang telefon atau tanya kabar, hanya duit dalam bank yang bertambah sebab dia masukkan setiap bulan untuk korang, pastu korang yang akan telefon dia tanya kabar, tanya pasal keluarga, pasal kerja, pastu korang mula jatuh sakit, hari pertama korang sakit dia balik tengok, masuk hari ke-3 dia kena balik ke rumah dia untuk urus keluarga dan kerja, setiap malam dia telefon, dia akan suruh korang duduk hospital sebab takde orang nak jaga korang kat rumah, bila korang dah keluar hospital dia siapkan orang nak jaga korang, tapi tak tahan lama, pastu dia cadangkan korang duduk kat rumah orang-orang tua, dia pujuk korang sampai korang setuju, walaupun sedih korang tetap pergi sebab taknak susahkan dia, bila dah sampai waktu dipanggil Tuhan korang sebut nama dia, semoga dia ada disisi korang saat itu, tapi...
Its TL;DR (too long, didn't read). Yep, I just scrapped the first thing that came into my mind. No one knows what the future hold for us. Only pray and hope that everything will end well.
Nak cerita pasal anak kucing baru je sebenarnya. Tapi terlajak melayan perasaan jap. hehe
she's cute isn't she? :)
thats all..