Dalam seminggu ni asyik mengantuk je waktu klinik. Semua pun pasal Euro. Kenapa la diorang tak buat match malam ke kat sana. Biar la kita pula tengok pagi-pagi. Takde la terhangguk-hangguk masa kerja. Nasib baik tak cabut gigi. Silap-silap,. boleh tersalah cabut gigi lain pulak. Perghh. Memang haru la kalau jadi macam tu. Aku sokong German dengan Portugal dengan harapan dua-dua team ni akan jumpa kat final. Tapi nampak gayanya tinggal German je yang ada peluang lagi. Jap lagi match German vs Itali. Harap-harap la best. Berbaloi sikit bersengkang mata sampai subuh.
Ada orang bayar zakat hari tu. Zakat hasil. Dia ada bukak bisnes ternak ayam. Hasil dia agak lumayan jugak. Memang tak sama dengan gaji doktor, tapi setakat RM 2ribu setiap bulan tu memang ada dalam poket. So dia nak bayar zakat. Ada la dalam 8 guni beras nak bagi kat anak yatim. Esok petang aku dah kena hantar semua beras ni ke rumah anak yatim. Sekampit beras untuk member-member dia. Aku la tu. Bagus jugak dia ni. Tetap beringat pada mereka yang susah. Semoga rezeki dia sentiasa dimurahkan oleh Allah. Amin.
thats all..
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment