Orang cakap kalau tidur petang selalu nya mimpi tu adalah mainan syaitan. Tapi camne lak kalau tangah bulan Ramadhan? Kan syaitan semua dah kena ikat?
Sebabnya dua tiga hari ni aku asyik mimpi pelik-pelik je. Start dari mimpi my crush sampai la mimpi ayah aku selingkuh. Bila bangun je aku akan terfikir-fikir mimpi-mimpi tadi.
Kalau masa kecik-kecik dulu aku selalu dapat mimpi yang 'real'. Mimpi tu akan terjadi selang beberapa hari atau hari tu jugak. Aku ingat lagi yang aku ada mimpi pasal aku terjumpa ada mayat kat surau masa aku tengah duduk sesorang. Rupa-rupanya masa pergi solat Zohor tu memang ada orang meninggal dan sembahyang jenazah buat kat surau tu. Exactly place yang sama dalam mimpi aku. Then banyak lagi mimpi lain yang jadi kenyataan.
Tapi tu masa aku kecik. Hati suci lagi. Sekarang ni dah banyak noda dan kotoran dunia melekat at hati aku. Dah takde dah istilah mimpi jadi kenyataan lagi dah. Semua nya pun pelik bin ajaib. Tapi ada jugak kadang-kadang tu mimpi ni buat aku insaf. Especially bila mimpi yang my parent dah takde. Or mimpi yang aku tak layak nak lanjutkan pelajaran dah. Boleh buat meleleh air mata jugak la.
So sekarang ni aku tak ambil kisah dah pasal mimpi. Sebab ianya hanyalah igauan tidur dan hiburan lena. Sekadar menambah manis semasa merehatkan badan di bulan yang mulia ini.
thats all...
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment