Orang cakap tak baik mengeluh. Sebab itu tanda kita tak bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi. Apa yang berlaku itu semua ujian dan cubaan dari Tuhan. Macam mana kita hadapinya yang membuatkan kita seorang yang berjaya atau gagal.
Kadang-kadang kita suka ambil jalan singkat untuk dapatkan sesuatu yang kita ingini. tapi tak semestinya jalan yang singkat itu adalah jalan terbaik. Kerana setiap tindakan yang kita lakukan akan berpengaruh terhadap diri kita sendiri maupun orang lain. Hatta berak sekalipun tetap ada bau busuk.
Ada satu perkara yang selalu buat aku terkilan ialah bila apa yang aku buat dengan bersungguh-sungguh untuk dapat apa yang aku mau, tapi pada masa yang sama ada orang lain dapat dengan cara mudah. Dengan cara menipu. Walaupun perkara itu nampak kecil tapi tetap ada nilai bila kita buat bersungguh-sungguh. Sampai aku rasa tak berbaloi untuk bersungguh-sungguh dalam hal itu. baik aku pun menipu sama. Tetap juga dapat hasil sama.
Tapi aku tak sejahil itu. Aku tahu apa rasanya menghargai dan dihargai. Kalau hidup ini semudah itu, dapat diperbodoh dengan tipuan dan bohongan, apalah makna dari penat lelah orang terdahulu untuk mebina negara tanah tumpah darahku? Apalah makna susah payah ibu bapa mendidik anaknya menjadi seorang mulia? Apalah makna perit jerih seorang guru mengajar muridnya supaya bijaksana?
Sebab itu aku tidak akan mengambil jalan singkat. Biarpun habis semua keringat ditubuh ini, aku akan tetap cuba dengan bersungguh-sungguh. Mungkin aku belum cukup sempurna tapi tak bermakna aku tak berupaya. Aku yakin aku boleh!
thats all..
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment