"Awak, busy tak sekarang?"
"Tak sangat. Kenapa?"
"*sobs*awak tau tak camne nak balik emergency?*sobs*"
"Erm..awak kena pergi setelkan kat airport. Hari tu ada dak yang balik emergency gak. Kena bayar sejuta. Ada yang kena bayar sejuta enam ratus."
"mahalnye.*sobs*"
.............................................................................................
Pkl 2 lebih, aku pergi imigrasi nak tanya macam mana nak setelkan emergency exit. Mana tahu dia boleh tolong ke macam mana. Last-last dia cakap kena ada surat rektor jugak. Mana sempat nak buat. Dah petang kot. Lepas tu esok lak, imigrasi tutup. Mau hari isnin baru boleh dapat buat. Nak tak nak, aku shoot terus pergi airport nak try tanya imigrasi kat sana.
Dalam pukul 5 baru gadis ni sampai. sepatutnya aku ajak dia nego dulu dengan orang imigrasi, tapi disebabkan depan gadis, aku terus confident cakap, mesti boleh nye lah. Last-last, ayat ni la yang makan diri balik. Masa masuk ofis imigrasi tu okay je. Abang imigrasi tu siap telefon member dia tanya macam mana. Aku dengar diorang sembang-sembang macam dah boleh. Tiba-tiba boss dia masuk bilik tu dan segalanya berubah. Jeng jeng jeng...
Abang imigrasi tu pun tanya la boss dia macam mana. Dengan tak pandang langsung dia terus cakap, tak boleh, pulangkan aja. Amboi, cepat betul dia decide. Lepas tu penat lah aku merayu abang tu mintak tolong supaya dapat la gadis ni balik. Dekat 15 minit duk merayu-rayu minta dia bagi lepas, tapi hampa. Tak dapat.
Serba salah aku jadinya. Dah la dah beli tiket. Lepas tu terpaksa tukar balik tiket dan kena tambah duit lagi. Habis duit gadis tu. Aku sampai tak tahu nak cakap apa dah tadi. Nasib baik ada Mimi tolong tenangkan dia. Bagi semangat kat dia. Niat aku nak tolong malah jadi lagi teruk. Mungkin ada hikmah nya.
Swim
5 years ago
1 comments:
hero memang cam tuu kalah dulu..last nanti baru menang..
Post a Comment