Semalam agak busy skit hidup nih. Disebabkan hujan, aku tido awal dan bangun dalam pkl 12 tgh malam. Masa nih perut dah lapar gila. Nasib baik la hujan dah stop. Skang time nak cari makan lak. Kalau kat Medan ni ada kedai bukak malam, tapi tak sama macam Malaysia. Kat sini takde kedai mamak 24jam. Setakat gerai tepi jalan, warung kopi ada lah. Tu pun tak berapa nak kena dengan taste aku. Biasa nya makanan kat sini tu sama je kat mana-mana. Kalau tak nasi goreng, mesti mee aceh takpun kuew tiow je. Tapi perut kena isi jugak.
Pagi tu aku tak tido. Stay up sampai masa nak pergi kelas. Abis kelas semua sibuk nak start masak. Mula-mula rancang nak mula masak awal. Tapi entah macam mana, semua orang penat dan tertido. Mula masak dalam pukul 6 petang. Masa ni rumah dah penuh dengan orang. Walaupun kat luar tu hujan, tapi still ada orang sanggup redah nak datang. Akhirnya makanan pun siap dimasak dalam pukul 9.30. Perut dah lapar gila dah ni. Apa lagi, telan la dua pinggan. Ada lah rasa masin sikit. Biasa la tu, bila dah banyak tangan yang tolong skali mesti rasa pun lain-lain.
Seronok jugak bila dapat masak ramai-ramai. Lagi-lagi bila jauh diperantauan. Rasa meriah je walaupun raya dah habis. =)
Lepas tu, malam tu jugak ada main futsal. Penat bukan main masa tu. Balik rumah je terus kemas-kemas dan tido. Bangun-bangun je dah pukul 3 petang. Huh! Lama betul aku tido. Ada 10 jam juagak la. Penat masih terasa satu badan. Terus bangun dari tilam dan siap-siap sembahyang zohor.
thats all..
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment