with who??

Aku pergi makan nasi ayam hari tu..jauh tempat dia. On the way nak ke brastagi. Dalam 5 km lepas RS Adam Malik.

Tempat dia kecik je. Macam besar bilik aku nih. Memang susah nak jumpa mula-mula. Kedai dia sebalah atm BCA. Overall ,ok sgt la nasi dia. Sambal dia pun sedap jek aku rasa. Kicap dia je still rasa macam kicap sini.

Makan berdua memang best. Siapa tu jgn ditanya..hihi =)

thats all...

mum's word's worth

Dah agak lama tak call rumah sebab hilang henset hari tu. Bila dapat pinjam henset hidir, aku terus call parent malam tu jugak. Semua macam biasa kat rumah aku. Cuma adik aku yang sorang ni ada masalah sikit. Ihsan.

Dia taknak sekolah dah. Dia nak kerja pulak. Sbelum ni ayah hantar dia pergi belajar tahfiz. Alhamdulillah habis sampai 30 juzuk tapi dia dapat kawan yang tak betol..so dia pun dah rosak-rosak gak.

Dalam family aku dia sorang je yang paling banyak buat masalah. Hisap rokok, lari rumah, tak dengar cakap parent, buat hal sendiri....Sampai parent aku pun dah tak tau dah nak buat camne lagi dengan dia ni.

Kenapa lah dia dapat kawan yang kepala bangang?? semua pun buat rosak jek. Aku terpaksa dengar mak aku membebel pasal adik aku nih. Aku pun concern gak sebenarnya. Adik aku sorang ni hormat gak kat aku. Ape aku cakap dia selalu ikut. Aku harap la bila aku ada peluang aku nak basuh dia bersih-bersih. Atleast dia boleh terjaga sikit dari buat benda tak elok. Tak guna pun nasihat panjang-panjang. Dia takkan dengarnya. Paling baik cakap sikit dan action banyak...

haih..aku pun bukan baik sangat. tapi aku still tau batas mana yang tak boleh cross..

thats all...

Engagement?? Marriage??

Engaged and Married..
what they have to do anything with me??

Engaged --> Married


hurm..


really?? like right now??


let me think..




Waste of money??

"Its not important where you came from, but where are you going."

Even a farmer's son can become a doctor. Its just a matter of working hard and achieving what you want. Sometimes you have to go through hard road just to get there. Even so, if you willing to sacrifice for the greater need, then you are the one that are winning. Time, money, sweat, and energy- all for greater purpose.

I motivate myself again and again...I need this...

thats all...

My uncle came by

Berapa jam dah aku habiskan masa atas motor pun aku tak ingat. Sebabnya aku tengah cari jemaah Malaysia yang datang Medan ni. Dia mesej aku cakap dah ada kat Medan dah. Aku pun cari la Masjid tempat dia i'tikaf. Pusing punya pusing, tak jumpa-jumpa jugak. Aku dah naik penat dah. Kebetulan dah nak masuk Zohor. Aku pun stop la kat satu masjid ni. Lepas solat Zohor aku tanya la pakcik kat situ. Rupa nya aku memang dah sampai dah area tu. Cuma masjid yang aku cari tu depan skit je lagi.

Bila aku sampai je kat Masjid Muhajirin tu, baru la aku tau sape yang mesej aku. Laa...Pakcik Abu rupanya. Lama betul tak nampak dia ni. Dia datang dengan makcik Izzi. Tapi makcik Izzi duduk kat rumah kawan dia.

Malam tu aku i'tikaf kat masjid tu sebab pagi esok jemaah dah berangkat balik Malaysia dah. Aku je yang tak balik-balik. Entah bila entah aku nak balik pun aku tak tau. Tapi atleast dapat jumpa saudara mara pun dapat hilang rindu kat Malaysia.

Dia nasihat aku sebelum dia nak bertolak ke airport, "Kalau cuti panjang, gunakan separuh cuti untuk agama. Kalau dah ada plan nak pergi mana-mana, takpelah. Tapi safar yang paling bagus adalah keluar jalan Allah."

Aku ingin menjadi lebih baik~ =)

thats all...

this day last year

If any of you wondering whats up with last year, well the answer was something. On this day from last year, I felt the most amazing feeling of happiness. I never felt it before. That night...

"Bioskop SUN21 menjadi saksi kenangan itu. Sepanjang dua jam itu senyuman terukir di wajahku. Degupan jantungku penuh dengan ritma kasih, sedang tanganku memegang erat satu tangan yang mulus. Didepanku tertayang cerita 'The day the earth stood still' namun aku masih terawang dalam duniaku sendiri.


Aku mencuri pandang kesebelah kiriku, entah-entah dia juga turut tersenyum sepertiku. Gelap. Aku hanya nampak sinar matanya sedang merenung jauh. Seketika aku terpana melihat indah matanya. Saat dia berpaling melihatku, aku cepat-cepat melihat kedepan. Malu rasanya bertentang mata dengannya. Hanya senyuman itu yang tidak dapat aku sembunyikan darinya....~"

This night when I was riding my bike, the chill wind touch my face and its coldness trigger this memory back. And again I lost in my own world...


What a memory...


but its all just a memory..now I'm just another guy with a broken heart..

thats all...

Finish..

Akhirnya dah abis exam dah..penat jawab paper yang last sebab tiga paper stret. Mudah-mudahan lembut hati pemeriksa tu dan aku akan dapat nilai yang tinggi. Amin..

Habis je exam pergi makan sebab dah lapar sangat.. Then pegi berfoto di sawah!! Yeay!!


tengah berfikir nak posing cmne nih??


menggapai langit nan tinggi~

Love this pic..and them.. =)

Lompat si katak lompat..hehe..

Bila dah abis semua, baru la terasa penat yang bukan main lagi..Tapi worth utk tgk semua gambar tu balik..
Huh..penat btol hari ni..=)

thats all..

Dah last hari exam!

Yes..akhirnya dah sampai penghujung minggu exam dah..tapi yang last ni yang paling sakit sebab ada 3 paper skaligus!!

Lepas ni nak ENJOY sampai lebam then baru buat skripsi balik..ehehe..

YEAH!! :D


thats all..

Bersalahnya rasa!!

Tadi masa balik dari masjid, aku terlanggar side mirror satu kete nih. Tapi disebabkan tengah jem, aku malas nak stop tengok belakang. Aku pecut je terus.
Tetiba aku rasa bersalah lak. Mesti dia marah gila. Dah la pakai baju melayu bagai siap dengan kopiah tapi bila langgar main lari jek. Tu kire langgar lari ke?? aiseh..

Sampai Paem je aku rasa bersalah gila sebab takut nanti dia pandang buruk kat orang yang pakai kopiah baju melayu. Pakai je macam alim tapi tak bertanggungjawab. Aiseh..

Satu lagi henset aku hilang sebab jatuh motor. Aku dah pergi indosat tapi sebab kena tunggu lama, aku blah je trus. Ada exam lagi petang tu. Hari ahad tak tau bukak ke tak. Nak pergi tengok jap nanti. Tapi kena pergi awal sebab isnin nanti paper tough.

thats all..

Marriage is Money

Disebabkan skarang dalam exam week, so tak banyak yang boleh tulis kat sini. Harap-harap lah semua nya berjalan dengan lancar untuk exam final nih.

Hari tu dah lepas seminar. Walaupun banyak kena baiki tapi atleast dah lepas dah. Sekarang ni kena tumpu kat final exam jek.

Semalam tolong ambil gambar untuk Qurot dengan Nisha untuk penelitian diorang. Pastu entah macam mane ntah, start la crite pasal hantaran kahwin. Masing-masing cerita nak hantaran yang tinggi-tinggi. Qurot mintak RM333,333.33 kat Julu. Habis la ko Julu. Silap-silap tua nanti la baru kahwin..Haha..Nisha lak nak mintak RM7777777++ sbb minat nombor 7. Memang la malang sape dapat diorg dua nih. LOL.

Tapi sekarang nih memang la standard lebih RM 10K. Lagi-lagi kalau yang ada karier macam doktor, engineer, cikgu, tu semua kena up lagi hantaran dia. Tu baru kira hantaran. Pastu kenduri pun pengantin kena cover gak. Kalau nak buat kenduri dua2 belah pihak, kena tanggung, memang la sakit jugak. Sekali kenduri dah sampai RM20K++ yang biasa punya. Kalau belah lain pun mintak ditanggung gak, dah berapa dah tu kena spend. Hadoii..

Kalau gaji starting dah RM5,000 okay la jugak. Leh la nak save setengah ke buat persiapan hari nak kahwin. Tiga tahun dah ada kereta dan atleast sewa apartmen la kot. Yang lebih bagi sikit kat parent. Tapi kalau gaji starting setakat RM2,000 memang la tak cukup.

So kesimpulan dia, nak kahwin kena la dua2 pihak tolak ansur. Nama pun nak kongsi hidup. Biarlah susah senang pun dikongsi bersama. Jangan sebab nak kahwin, hutang sana, hutang sini sampai dah beranak dua pun tak habis nak bayar lagi. Ala kadar sudah.=p

thats all..

Cooking again

And here I am again with a story about cooking. What I am supposed to do right now is study for my exam next week. But "keropok Lekor" was so tasty and I'm hardly had any since last year. Oohh..its so delicious with a dip of chili sauce..HUmmppp..YUMMY!!

My skripsi seems like endless tale. Every time I made an appointment with my lecturer, she'll have meeting or had to leave town for awhile. I should have had my sidang today in plan, but she kept dodging from seeing me and here I go again, hoping for a miracle that could help me finish this skripsi.

I think I really need to find some one to care right now. Its not like I wanted it, its like I needed it..I can't believe I really say this.

thats all..