New Year Eve's hari tu, kitorg buat BBQ kat rumah aku. So dari pagi lagi dah busy ke pasar beli ayam dan sayur. Dah siap peram ayam, kemas rumah pula. Dari dapur sampai ke laman rumah, semua aku kemas. Walaupun tak berapa nak teliti tapi sedap la mata memandang. Lepas tu ready pula coleslaw. Dah siap potong-potong semua, masukkan dalam fridge pastu tunggu sampai pukul 4 nanti baru stat masak.
Menu untuk malam tu tak banyak mana pun. Ayam bakar, kentang goreng, coleslaw, ubi rebus. Okay la untuk belanja sorang Rp15,000-. Siap ada lebih sikit ayam dengan ubi. Sambal pun dari tak berapa nak jadi, terus okay bila makan dengan coleslaw. Puas hati bila dapat buat aktiviti macam ni sekali sekala. Tapi sayang sebab tak ambil gambar. Just makan-makan camtu je.
Menu lunch dekat Warung Netral. Setiap hari makan Nasi Ayam Kentucky dan kuah kari. Terbaik!
thats all..
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment