Something about Sob

Mase hari pertama aku sampai kat tanah air tercinta, aku lepak dengan kawan aku Sob. Sebab dia bosan sangat, maka aku teman kan dia jalan-jalan kat Jusco. Lepak punya lepak, then baru aku sedar something tentang dia nih.

First , aku nampak baju yang dia pakai adalah PINK dan baju yang dia nk beli adalah baju PINK juga.
Pastu aku perasan yang dia ni selalu sebut pasal balak dia, walaupun dia selalu mengeluh yang balak dia tak pernah caring pasal dia. Siap belikan macam-macam untuk balak dia walaupun balak dia tak pernah pun belikan dia apa-apa.
Then aku perasan yang dia memang berisi. I mean berlemak juga lah. Dan bila jumpa aku je mesti dia akan ajak makan walaupun dia tahu yang dia dah bertambah-tambah gemuk.
Pastu selama aku lepak dengan dia, aku nampak perangai kerek dia. Tu pun dia cakap dia dah buat kerek yang paling sopan dah depan aku tu.
Dan yang paling aku tak boleh terima bila dia cakap dia minat dengan laki yang dah couple. Seolah-olah bila dapat rampas laki tu, dia akan rasa macam kepuasan. Apakah?

Dia cerita kat aku, dulu dia ada rapat dengan sorang laki yang dah kawin ni. Mula-mula mesej-mesej je, pastu laki tu start call pulak. Bila mak Sob dapat tau, mak dia tak bagi dah dia kontek langsung dengan laki tu. Kalau tak, Sob cakap, kompem dia jadi bini no dua mamat tu.

Dia cerita lagi. Ada dulu masa kat kenduri kahwin, member dia suruh Sob jaga kan balak dia jap. Maka Sob pun tengok-tengokkan la mamat ni. Apa-apa yang tak cukup, makan ke, minum ke. Pastu lepas kenduri tu, mamat tu still mesej-mesej dengan Sob. Dan Sob dapat tau yang mamat ni dah tak mesej langsung member dia tu. Last-last, Sob berenti kontek mamat tu dan suruh member dia clash jek.

Dia cerita lagi. Dia minat kat laki yang dah couple. Ada suatu rasa kepuasan bila laki tu layan dia lebih dari layan girl dia sendiri. Makna nya laki tu memang tak setia. So, in the end baik clash je. Dan dia tak layan pun laki tu pastu.

Bila aku dengar semua nih, aku tak tau apa patut aku komen. Tapi aku tau yang keluar dari mulut aku adalah,
"Sob, ko jahat Sob. Ko jahat. Isyh.."

Aku tak tau apsal aku cakap macam tu. Maybe sebab aku baru merasa kehilangan sehingga aku rasa benda yang dia buat tu suatu yang sangat salah. Aku pun tak tau kalau apa yang dia buat salah atau betul. Bila pikir-pikir balik, kalau pun bukan dia yang menyibuk kat situ, mungkin akan ada orang lain yang akan buat onar. Maybe dah takdir dia ada kat situ. Tapi kenapa mesti dia jadi orang ketiga disitu? Kenapakah?

Dan bila balik rumah, aku mesej kat dia minta maaf. Maybe dia terasa hati dengan percakapan aku tadi. Huh.

thats all..

First day of arrival

Balik hari ni dah start kelam kabut. Dengan tak sempat nak tutup internet nya lah, dengan kemas rumah nye lagi. Pastu ada pulak nak kena hantar kunci ke rumah Uncle. Last-last dapat jugak sampai ke airport.

Sampai kat airport, aku dan Sri pandang kiri kanan cuba carik mana kaunter Air Asia. Aik,takde la pulak. Kebetulan ada mamat calo ni tegur Seri. Apa lagi, kitorg pun bagi je la dia setelkan semua. Malas dah aku nak pikir banyak-banyak. Dan bila dah setel semua, kitorg pun naik kapal terbang.

Dalam kapal terbang biasa la, bersembang je keje. Lagi-lagi bila duduk sebelah Seri. Layan je la. Sebagai alas perut, kitorg makan sandwich sebab cadangnya nak makan kfc kat KL sentral nanti.

Selepas habis makan, aku pergi keluar dengan Sob pulak. Aku pergi ke Jusco Wangsa Maju. Jalan-jalan, makan, window shopping. Sampai dah tak larat dah kaki aku nak melangkah. Habis tu aku pun balik rumah.

Sampai rumah rupenye mak aku nak buat suprise. Ada gift special untuk aku. Tak sangka sungguh. Mak aku bagi perfume yang agak mahal jugak la. Terharu gile rasa. Nak je peluk mak aku mase tu.

Lepas tu aku makan lagi dan terus menghadap laptop.

What a day~

thats all..

Finish atlast

Hari ini baru habis JCS kat Hospital Adam Malik. Seronok nye~~!!! =)

huhu~

Dan hari isnin nanti aku akan berangkat pulang ke Malaysia. Yeayy~!!

Tak sabarnya~!!

Tapi still ada kerja yang nak kena buat. So tak boleh nak relax-relax sangat.

thats all..

Unsolved business

Adoyai~

Nampaknya nak balik pun masih ada keje kena buat. Disebabkan tangguh keje, so dah bertompok dah keje yang nak kena buat.

adoyai~

  • Nak bayar bil internet dan tutup internet sementara
  • bank-in duit yuran lagi 2juta
  • beli Marqisa dan rokok ayie
  • buang sampah
  • siapkan dokumen nak balik
  • check result exam
so tak tau la sempat ke tak kalau nak setelkan esok. Dah la flight pagi. Nasib baik pkl 9.40. Maybe sempat kot kalau nak pergi tutup internet pagi tu. Kalau tak, terpaksa lah biar on jek. Membazir sangat tu. Harap-harap la sabtu pun bank bukak. haih~

thats all..

Junior Clerk Ship

Masuk RS Adam Malik selama seminggu untuk pre-klinikal.

Bunyi macam hebat je tapi sebenarnya tak buat keje pun.

Asyik jalan, makan, tido, pastu ada la jugak pergi jenguk-jenguk pesakit. Tu pun kalau ada orang nak tunjuk-tunjuk.

Dah abis 3 hari kat Internal Medicine. Pasni kena ikut ke Surgery pulak.

Yang sakit nye kat bagian ni sebab lama sangat kena jaga. Start masuk pukul 7 pagi dan habis jaga pukul 8 malam. Bayangkanlah penat dia macam mana. Nasib baik 3 hari je.

thats all..

Imigrants probs??

Semalam sepatutnya hidir sudah selamat menjejakkan kakinya di bumi Malaysia. Tapi semuanya tidak seperti yang dijangka. Berjam-jam dia tunggu passport dia kat airport sebab Dedi janji nak bagi passport dia sebelum dia naik flight. Tunggu punya tunggu batang hidung Dedi pun tak nampak. Last-last, dia balik rumah balik. Muka kecewa gila.

Sampai hari ini, dah banyak kali cuba contact Dedi tapi tak dapat juga. Semalam ana pun ada masalah dengan passport dia. Dedi janji nak buatkan Kitas untuk dia, tapi bila dia minta passport dia semalam, Kitas takde pun langsung. Dah la visa dia dah lama mati. Dapat passport pun sebab dia call Agen kat Malaysia suruh Dedi bagi dia passport balik. Masalahnya Kitas takde, ERP tak buat lagi dan Visa dah lama mati. Tak tau la nak setel macam mane. Harap-harap la takde timbul masalah baru.

Dan nanti akan ada masalah dengan passport tante lak nanti. Dia dah mintak aku amik kan passport dia dua hari lepas lagi. Tapi aku try contact tak dapat-dapat. Dan sekarang aku tak yakin kalau dia akan bagi passport tante before dia balik nanti. Kalau dapat pun tak tentu ERP dah siap. Haih.

Bila masalah macam ni dah timbul, aku rasa KITAS kitorg semua pun mesti ada problem. Semua ni mesti ada kaitan dengan Adit sebab dia pow budak-budak Malaysia banyak gila. Tahap tak beringat lah. Kalau lambat buat je mesti kene atleast Rp200k. Dia ingat ktorg ni cop duit ke?!

Dengan JCS nak stat dah ni, problem dengan KITAS, aku tak tau nak mintak tolong sape lagi..adeih...

thats all..

Bored

ye..memang saya tengah bosan.

ke manakah semua berdiam diri?

atau apakah hanya saya yang ditinggalkan?

uhuuue~~~

jangan tinggalkan saya~

ajaklah saya sekali walaupun nak pergi beli nasi bungkus je pun..

saya rasa terpinggir...uhhuuue~~


=(

tak tau nak buat ape. so men gitar sampai nak putus jari dah..haih..

thats all...

a man said

Masa aku ikut jemaah tu ke masjid, ade sorang ustaz ni citer kat ktorg smua..

"sebenarnya dik, masalah laki ada 5 aja. Cewek, perempuan, wanita, akhwat, dan perawan. Jadi nya masalah nya cuma satu. Dipecah jadi lima cuma untuk membesar-besarkan masalah nya aja.

Cuba aja fikirin, udah berapa ramai lelaki yang jatuh gara-gara wanita. Itu clinton itu pun karena ada monica yang buat dia jatuh. Banyak lagi lelaki yang hebat-hebat jatuh kerana wanita. Jadi ngak usah lah capek-capek fikir masalah ini.

Iya,kan. Ngapain siang malam mikir tentang cewek. Cewek itu ngak pernah pun mikir kamu. Bangun tidur cek hp. Abis makan cek hp. udah mandi cek hp. Ngak ada nya mesej dari cewek itu. Ngak dipikirin nya kamu.

....

Kalau udah rapat sama cewek, lama-lama kamu bakalan jatuh hati sama dia. Ini dipanggil sindroma ruang sempit. Kalau kamu ditempat kan sama seorang cewek yang kamu ngak suka dalam satu kamar, walaupun agak lama, pasti kamu bakalan ada hati sama dia. Ini memang naluri dan fitrahnya manusia.

...."

Banyak lagi yang dia pesan. Tapi disebabkan aku ingat-ingat lupa so setakat ni je la yang aku mampu tulis.

Bila dengar cakap ustaz ni tentang wanita, aku rasa terpukul. Memang tepat apa yang dia cakapkan. Semua yang dia bicarakan semua tentang masalah yang selalu buat aku runsing. Tapi akhir dari nasihat dia tu, dia cakap la tentang mencari pasangan hidup yang betul. Sebab jatuh dan bangun seorang lelaki itu bersandarkan sokongan dari seorang wanita..

"Dalam setiap jodoh itu, Tuhan letakkan persamaan. Ngak mungkin ada persefahaman kalau ngak ada persamaan. Kalau kamu selalu berada di kelab malam, pasangan kamu juga pasti bakalan dari situ. Kalau kamu sering jalan-jalan atau wisata, pasti pasanagan kamu juga yang kek gitu. Makanya, kalau kamu sering ke masjid, pasti pasangan kamu juga dari kalangan yang begitu.."

thats all..

A Journey to MikieLand

Ni la antara gambar yang aku sempat ambik masa pergi main MikieLand untuk main paintball. Sakit sebenarnya kena bullet dia tu. Ada lebam jugak la. So, layan~


*Baru bertolak*


*singgah kat petronas jap*


*antara scene yang sempat ambik*


*me and imran*


*dah selamat sampai*


*kat depan entrance*


*beli tiket*


*masa tgh tunggu orang yang pegi toilet..sejukk~*


*lepas main paintball*


*ni gaya tentera ke gaya dak PLKN?*


Penat betol bila dah sampai rumah. Ada pulak cadangan nak tengk citer antu malam tu. Citer 'Drag me to hell'. Memang sakit jantung tengok citer tu. Asik terkejut jek. huhu~

thats all..

changing the path

hahaha..
akhirnya blog aku dah pun bertukar layout..huhu~
seronok sungguh..

inilah yang dipanggil REVOLUSI~

YEAY~~!!!


"the world keep changing even if you are not" -aku

thats all..

Returning the favour

I wanted to write it here because I can no longer keep it to myself.

I've been a loser for sometimes chasing and begging for this girl. I've wasted my entire life letting her inside and not letting her go. For many times now, my friends kept telling me to move on. But just like a dick head, I stand firm. What so special being a loser, I didn't know.

But last night, I changed back to whom I used to be. No. I get worse.

I smoke.

I drink.

I longing for girls.

I didn't study.


And I was stupid.



Then I realize how things resolve around me...

I closed my eyes for a moment...

I took a deep breath...


And now I know what I really need...




thats all..

things that happen

Hari ni aku pegi setelkan semua barang-barang untuk imigrasi. Semua dokumen yang dah siap aku pegi hantar ke ofis Dedhi. Pastu masa aku jumpa die, Charles, yang keje dengan agen aku, ada kat situ jugak. Aku sapa dia dan say hai. Tanpa aku sangka, dia tiba-tiba cakap...

"Eh, Abu..sapa nama cewek yang sama kamu dulu itu?..siapa ya?..aduhh..lupa aku..Ohh yaa..si Fa***** kan?...apa udah jadi abu?...udah sama orang lain dia ya??..."

sambil ada senyuman sinis kat bibir dia.

Pang!!

Macam ada satu tamparan melekat kat aku. Macam mana lah boleh dia ingat lagi benda lama macam tu. Actually takde la lame sangat. Sem lepas je kot. But still cara dia cakap tu buat aku tersedak sekejap. Aku tak tau nak jawap apa. Aku hanya tersenyum hambar.

Apa la yang aku boleh buat Charles oii~ takkan la aku nak cakap aku tau sapa kapel die, sape nenek die, sape menantu makcik jiran die..adeih.

Pasrah je la..
Dan balik tu aku tak bermaya langsung...

rehat..
baring..
tido...




thats all..