Balik hari ni dah start kelam kabut. Dengan tak sempat nak tutup internet nya lah, dengan kemas rumah nye lagi. Pastu ada pulak nak kena hantar kunci ke rumah Uncle. Last-last dapat jugak sampai ke airport.
Sampai kat airport, aku dan Sri pandang kiri kanan cuba carik mana kaunter Air Asia. Aik,takde la pulak. Kebetulan ada mamat calo ni tegur Seri. Apa lagi, kitorg pun bagi je la dia setelkan semua. Malas dah aku nak pikir banyak-banyak. Dan bila dah setel semua, kitorg pun naik kapal terbang.
Dalam kapal terbang biasa la, bersembang je keje. Lagi-lagi bila duduk sebelah Seri. Layan je la. Sebagai alas perut, kitorg makan sandwich sebab cadangnya nak makan kfc kat KL sentral nanti.
Selepas habis makan, aku pergi keluar dengan Sob pulak. Aku pergi ke Jusco Wangsa Maju. Jalan-jalan, makan, window shopping. Sampai dah tak larat dah kaki aku nak melangkah. Habis tu aku pun balik rumah.
Sampai rumah rupenye mak aku nak buat suprise. Ada gift special untuk aku. Tak sangka sungguh. Mak aku bagi perfume yang agak mahal jugak la. Terharu gile rasa. Nak je peluk mak aku mase tu.
Lepas tu aku makan lagi dan terus menghadap laptop.
What a day~
thats all..
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment