Not a planned trip

Hari ni kononnya nak pergi main-main kat Mikieland. Pagi-pagi lagi dah kumpul kat Petronas nak bertolak ramai-ramai. Yang ikut masa tu aku, hidir, faiz, julu, qurot, aiman, daus, along dan seri. Jalan punya jalan, sekali bila sampai jek, kitorang rasa ada benda tak kena. Kitorang tanya pak guard tu, Asal pagar tutup? Dia pun jawab la, Owh, Hari ni tutup dek. Cuma buka sabtu dan minggu aja.

Hampeh! Penat jek bawak motor sampai atas tapi tak dapat pun masuk Mikieland. Nak dibuatkan cerita, kitorang terus la sambung perjalanan ke Brastagi. Beli baju seri dan sembahyang zohor kat atas tu. Lepas semua dah setel terus bergerak turun balik. Nak singgah mandi kat Sibahe lak. Tapi aku tak mandi sebab tak bawak baju lebih. Jadi je la cameraman kat situ.

Dah abis tu kitorang pun balik. Penat sangat bawak motor hari ni. Tapi seronok lah bila tengok balik gambar-gambar yang amik tadi.huhu..























thats all..

Register finished

Alhamdulillah. Akhirnya dah selesai semua kerja-kerja mendaftar nih. Bila tengok subjek yang aku amik untuk semester ni, nampak macam tak banyak kelas yang aku amik. Hari Khamis siap cuti lagi. Tapi yang berat dia sem ni nak kena buat skripsi. Aku tak tahu lah mana nak kena campak nanti. Harap-haraplah departmen yang aku dapat nanti tu Dosen-dosen dia tak sibuk berjalan.

Nanti ada kongress PKPMI kat jakarta. Ada kerja nak kena setelkan. Setakat ni semua kerja dah halfway dah. Tapi kena push cepat-cepat supaya boleh evaluate hasil dia nanti. Semalam buat logo untuk Kongress ni dengan Jenn. Sampai pukul 2 pagi baru siap. Tu pun sebab Jenn datang lambat. Tapi kerja siap la jugak.

Seminggu akan datang ni, waktu free. Tak pikir lagi nak buat apa. Nak enjoy sangat pun tak boleh. Nak kena berjimat-jimat sebab dah spend banyak duit kat camera. Huhu..




Ni la logo untuk kongress nanti. Simple je kan..huhu..

thats all..

Back in Medan

Semalam aku sampai Medan dalam pukul 10 lebih. Dah siap semua urusan kat airport, aku pun amik teksi sampai la umah. Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar. Sampai je rumah, lepak jap hilangkan penat. Elok je aku panaskan enjin motor, sampai la Sri, Along, Aiman dan Hidir. Diorang baru balik dari makan.

Lepas tu lepak jap sambil tengok cerita pe ntah kat bilik Hidir. Sampai pukul 1, perut dah mula lapar. Faiz ajak pergi makan. Siap-siap dan terus pergi Paem. Lama betul tak bawa motor. Kekok gak rasa.

Penat gle rasa masa nie. Balik dari Paem, upload gambar dan terus tidorrrr..huhu..



Ni mase kat Zoo Melaka wiF my Bro.

thats all..

Kantoi sudah kameraku

Pagi tadi pergi shopping dengan ibu. Ibu suruh pergi check kalau-kalau JPA dah masukkan duit ke belum.. Aku tau dah yang duit tu dah masuk. Tapi aku tak mahu dia tahu sebab nanti akan ketahuan yang aku beli camera baru. Tapi ibu insist jugak supaya aku pergi check.

Nasib baik bank tu dah abis resit. Tinggal nak tau baki jek. So aku pun buat-buat la tengok. Bila keluar dari bank ibu tanye, "duit dah masuk belum?"

"......". Aku nak cakap tak mula-mula. Pastu bila pikir yang berdosa tipu mak ayah, aku bagitau yang duit tu memang dah masuk. "Berapa yang masuk?"

JENG, JENG,JENG....

Kantoi sudah aku disitu. Aku pun cakap la berapa yang ada. Ibu buat kira-kira dan dia dah dapat tahu yang ada short duit dalam tiga ribu ringgit.

"Beli apa yang sampai 3 ribu tu?"

"......"

Aku diam jek. Sampai la umah aku tak jawab pun sepatah apa ibu tanya.

Haih.

thats all...

Got rounded

Dah lama dah tak menulis kat sini. Sejak beberapa hari lepas ibu asyik bising anak dia banyak habiskan masa depan laptop dari tolong dia. So, aku terpaksa lah berhenti dari menghadap internet. Tolong lah mana patut kat rumah ni.

Bukan tu je. Sabtu hari tu, dalam pukul 4.30 pagi aku terbangun sebab terdengar bunyi telepon. Disebabkan aku sorang je yang sedar, aku pun angkat. Terdengar suara kat hujung sana cukup sedih. Oh, nenek aku rupanya. Dia suruh bagitau kat ibu yang Atuk tengah sakit. Dah lama dah badan Atuk panas. Aku pun kata ok dan kejut ibu. So dah tau dah kat mana masa aku akan dihabiskan pasni.

Esok nya semua pun bersiap balik kampung. Seperti biasa aku lah yang kena jadi driver. Penat weh asyik drive jek. Dan bila sampai kampung, ramai lak saudara yang ada. Tapi masa aku sampai tuh Atuk dah boleh jalan dah. Dia lepak kat depan kedai termenung. Dekat dua hari aku duduk kampung pastu baru la balik rumah balik.

Penat jadi driver buat kan aku tertidur malam tu tanpa makan dinner. Pastu pagi ni mula lah aku mencari makanan yang ada.

thats all..

Another lost

Hari tu ada ijtimak kat Kuarters KLIA. Aku pun stay la kat sana selama 3 hari tu. Ayah pesan suruh jaga abang Ilyas sekali sebab dia tak sihat. Mula-mula tu aku macam malas nak layan dia sebab dia asyik mengomel benda-benda yang tak penting jek. Pastu ulang benda yang sama lagi dan lagi. Aku pun buat tak kisah je la kat dia.

Tapi bila lama-lama aku jadi kesian lak. Dah la dia sakit, tak de kawan pulak tuh. Sorg-sorg je takde orang layan. Tu semua bukan dia yang mintak. Semuanya ujian dari Allah. Penyakit dia tu la yang buat dia jadi macam sekarang. Serba salah aku dibuatnya.

Last-last aku bagi pinjam henset aku kat dia incase kalau dia hilang. tapi aku dah belikan dia sim card baru. So sim card lama aku simpan, takut hilang.

Nak dibuatkan cerita aku pun lepak la dengar ceramah kat situ. Tanpa pengetahuan aku rupanya ayah dah belikan henset baru untuk abang Ilyas. Aku dapat tahu bila dia bagitahu yang henset aku dia lupa dia letak kat mana. Aku macam terkejut bila dengar macam tu. Aku harap biar la henset tu tertinggal ke kat dalam kete. Pastu ayah sampai dan bagitau yang hafiz dah cari henset aku dalam kereta tapi still tak jumpe. So secara officially henset aku dah hilang!!

Bila aku fikir balik sejenak, aku sedar yang ini adalah balasan untuk aku sebab aku tak layan abang Ilyas dan tak ikut cakap ayah. Aku redha je dengan apa yang terjadi sebab aku tau semua ni memang salah aku. Mungkin juga Tuhan mahu menggantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik. Sebuah keinsafan mula terukir dalam hati ku yang telah sedia berkarat kerna dunia..

thats all..

My new jersey

Hari tu Along datang KL. Dia datang hantar adik dia ke U. So sambil tu hantarkan sekali jersey sapa2 yang duduk KL. Tanpa buang masa aku pun mencuba baju yang baru aku dapat. Hehe..





How about it 'eh? nice 'eh..

Feels like playing futsal now..LOL.=D

thats all...

Busy in holidays

I never thought that I would be as busy as now. Everyday that comes by, there will sure a work or two to be done. Most of my time just flew away doing these works. Why can't I just have some rest?

I'm tired of all the driving. Having to pick my lil sis and bro from school then fetch my mum at work. Then again when something was on and needed to be done at some place, I was the one to be the chauffeur. Its not like I don't want to do it. Its just that I need some rest. Its tiring to drive whole day and yet the next day you have to do the same things - drive here and there again.

Heck~

I'm just mumbling of the hard time I have to endure during holidays!!

I went to Jenn's place two days ago. I intended to go to Pijan's place too but he went on a trip to Pangkor Island with his family. Its weird that I went so far to Seremban just to say Hi to her..hehe..what a dumb thinking that time. I stopped by just for a minute then I was on my way to pick up my dad. That's not the point. What I'm trying to say is that Pijan have his holiday celebrate on vacations. While I'm here stuck working as chauffeur.

Heck~

thats all..

Camera stanby~



Huhu..tak sabar nya rasa bila terfikir pasal kamera ni. Dari dulu lagi memang dah mengidam dah nak pegang kamera. First sekali masa lepas matriks. Masa tu pergi berkelah dengan abang dan kakak office. Masa tu diorg asyik bergambar jek. Ikut je la. Pastu ada sekali tu, aku kena jadi cameraman jap. Aku pun pegang la camera tu. Mak aih..bergaya sungguh rasa diri ini..hahaha..

Aku snap satu gambar. Tengok hasil dia. Huh..mengancam. Aku snap lagi sekali. Dan seterusnya aku terus pegang camera tu sampai la diorg dah tak nak amik gambar dah. Penat posing. Sejak tu minat aku bertambah-tambah untuk beli camera. Tapi masa tu aku tak tau lagi yang aku pegang tu adalah SLR.

Bila dah masuk U, aku dah banyak tengok member lama aku ramai yang pakai camera besar-besar. Aku tanya lah kat diorg, Ape bende nama camera nih? So taw la aku yang selama ni menjadi idola aku adalah sebuah SLR. Dan aku semakin bersemangat untuk mendalami apa itu SLR.

Aku tau aku tak mampu untuk memiliki sebuah SLR dulunya. Tapi kini aku dah budget semua perbelanjaan aku dan aku tau yang aku akan dapat pegang juga akhirnya sebuah SLR. Milikku.

Side story sikit, semua girls yang penah aku kejar dulu, end up dengan guys yg ada SLR. Is it coincidence?

thats all...

Menghapus jejak mu



Keep on walking to forget you,
My heart is weary of your attitude,
Your way of thinking raises my doubt,
Can't go on this way forever.

Slowly those dreams annoy me,
I keep trying to get away,
My heart has been entrapped,
I try to go on with my life,

You're not my everything,
Not the place to end my journey,
The past is all over,
Let the rain erase your trace...

Let go of everything..
Let go of everything..

kukatakan dengan indah



ku tahu akhirnya aku tetap dibawah bayang yang sama...
walaupun telah ku coba berlari mencari cahaya terang...
namun ternyata itu hanya khayalan dikepalaku..
semuanya menipuku...

thats all..

dreaming of her


Aku terbangun pagi tadi dengan berbagai persoalan di kepala. Masih jelas di mata seolah-olah dia masih ada di depan mata. Kenapa mesti dia yang muncul dalam mimpi aku? Kenapa mesti dia yang aku peluk erat dalam mimpi itu? Kenapa mesti ciuman itu ku berikan padanya dalam mimpi itu?

Ya. Aku bermimpi aku memeluk erat dia tatkala bertemu tika itu. Sebuah kucupan ku hempaskan lembut ke lehernya. Lama tertancap bibirku sambil ku peluk erat tubuhnya. Tangannya ku genggam seperti tidak mahu ku lepaskan. Lalu aku bawa dia ke sebuah bilik untuk aku adukan rindu yang telah lama terpendam dalam hati. Kupimpin dia dengan penuh kasih sayang. Dunia seperti hanya ada aku dan dia. Tiada yang wujud disekelilingku. Dan...

Aku terbangun. Tak sempat aku menunggu penghujung mimpi itu. Seperti juga kisah realiti aku dan dia. Hanya tinggal dipertengahan jalan. Dan sepanjang hari juga aku masih terbayang mimpi itu. Seribu persoalan masih tiada jawapan...

thats all..