Hari tu ada ijtimak kat Kuarters KLIA. Aku pun stay la kat sana selama 3 hari tu. Ayah pesan suruh jaga abang Ilyas sekali sebab dia tak sihat. Mula-mula tu aku macam malas nak layan dia sebab dia asyik mengomel benda-benda yang tak penting jek. Pastu ulang benda yang sama lagi dan lagi. Aku pun buat tak kisah je la kat dia.
Tapi bila lama-lama aku jadi kesian lak. Dah la dia sakit, tak de kawan pulak tuh. Sorg-sorg je takde orang layan. Tu semua bukan dia yang mintak. Semuanya ujian dari Allah. Penyakit dia tu la yang buat dia jadi macam sekarang. Serba salah aku dibuatnya.
Last-last aku bagi pinjam henset aku kat dia incase kalau dia hilang. tapi aku dah belikan dia sim card baru. So sim card lama aku simpan, takut hilang.
Nak dibuatkan cerita aku pun lepak la dengar ceramah kat situ. Tanpa pengetahuan aku rupanya ayah dah belikan henset baru untuk abang Ilyas. Aku dapat tahu bila dia bagitahu yang henset aku dia lupa dia letak kat mana. Aku macam terkejut bila dengar macam tu. Aku harap biar la henset tu tertinggal ke kat dalam kete. Pastu ayah sampai dan bagitau yang hafiz dah cari henset aku dalam kereta tapi still tak jumpe. So secara officially henset aku dah hilang!!
Bila aku fikir balik sejenak, aku sedar yang ini adalah balasan untuk aku sebab aku tak layan abang Ilyas dan tak ikut cakap ayah. Aku redha je dengan apa yang terjadi sebab aku tau semua ni memang salah aku. Mungkin juga Tuhan mahu menggantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik. Sebuah keinsafan mula terukir dalam hati ku yang telah sedia berkarat kerna dunia..
thats all..
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment