Pagi tadi pergi shopping dengan ibu. Ibu suruh pergi check kalau-kalau JPA dah masukkan duit ke belum.. Aku tau dah yang duit tu dah masuk. Tapi aku tak mahu dia tahu sebab nanti akan ketahuan yang aku beli camera baru. Tapi ibu insist jugak supaya aku pergi check.
Nasib baik bank tu dah abis resit. Tinggal nak tau baki jek. So aku pun buat-buat la tengok. Bila keluar dari bank ibu tanye, "duit dah masuk belum?"
"......". Aku nak cakap tak mula-mula. Pastu bila pikir yang berdosa tipu mak ayah, aku bagitau yang duit tu memang dah masuk. "Berapa yang masuk?"
JENG, JENG,JENG....
Kantoi sudah aku disitu. Aku pun cakap la berapa yang ada. Ibu buat kira-kira dan dia dah dapat tahu yang ada short duit dalam tiga ribu ringgit.
"Beli apa yang sampai 3 ribu tu?"
"......"
Aku diam jek. Sampai la umah aku tak jawab pun sepatah apa ibu tanya.
Haih.
thats all...
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment