Aku terbangun pagi tadi dengan berbagai persoalan di kepala. Masih jelas di mata seolah-olah dia masih ada di depan mata. Kenapa mesti dia yang muncul dalam mimpi aku? Kenapa mesti dia yang aku peluk erat dalam mimpi itu? Kenapa mesti ciuman itu ku berikan padanya dalam mimpi itu?
Ya. Aku bermimpi aku memeluk erat dia tatkala bertemu tika itu. Sebuah kucupan ku hempaskan lembut ke lehernya. Lama tertancap bibirku sambil ku peluk erat tubuhnya. Tangannya ku genggam seperti tidak mahu ku lepaskan. Lalu aku bawa dia ke sebuah bilik untuk aku adukan rindu yang telah lama terpendam dalam hati. Kupimpin dia dengan penuh kasih sayang. Dunia seperti hanya ada aku dan dia. Tiada yang wujud disekelilingku. Dan...
Aku terbangun. Tak sempat aku menunggu penghujung mimpi itu. Seperti juga kisah realiti aku dan dia. Hanya tinggal dipertengahan jalan. Dan sepanjang hari juga aku masih terbayang mimpi itu. Seribu persoalan masih tiada jawapan...
thats all..
0 comments:
Post a Comment