Photoshoot WARDAH

Here are some of my favourite pictures.





Banyak yang nak upload tapi yg paling best ialah gambar aku sendiri..hehe

thats all..

Fotografer season

Minggu ni asyik bergambar je. Semalam member-member yang dah grad minta tolong nak photoshoot kat campus. Mula-mula ramai yang kata okay. Last-last, yang datang 2 orang je. Layan je la. Habis round campus tu.

Lepas tu tadi seminar produk kecantikan WARDAH. Ada dalam 60 orang yang datang. Panitia cakap aku kena foto semua peserta. Mak aih. Banyak tu. Kalau sorang 3 kali take, mau 180 take aku kena amik. Nasib baik dah prepare battery camera n flash extra. Cuma battery aku je yang low sikit. Dah la tak cukup tidur sebab layan member yang baru datang dari Malaysia. Main futsal lak malam tu. Fuhh~ Yang best dia sebab aku dah siapkan backdrop tu. Walaupun aku terpaksa cancel kan softbox, tapi dah cukup sangat kot backdrop dia. Lepas ni kena la ganti backdrop terang pulak.


thats all...

Back in Malaysia

Aku rasa mcm sekejap je cuti. Tup tap tup tap, esok dah kena balik Medan. Tak puas betul. Atleast aku dapat la jumpa adik-beradik aku. Sorang je abang aku yang kat Yaman sekarang ni yang aku tak dapat jumpa. InsyaAllah, raya nanti aku balik lagi boleh la jumpa dia. Mak aku cakap aku makan sikit. Ye ke? Aku rasa aku makan banyak je. Entah la. Nampak gayanya, kena la aku makan extra pinggan lepas ni. Fuhh~
My favourite Malaysian food~ Satay Kajang!

Aku bagitau mak aku pasal projek fotoshoot aku tu. Dia okay je. Cuma dia nasihat sikit jangan sampai leka. Dia tahu aku suka amik-amik gambar ni. Tu yang dia bagi je. Backdrop pun dia yang sponsor. Siap tolong jahit lagi. Fuhh~ Sayang mak! <3

Memang balik Malaysia kali ni rasa refresh gile. Dah tak sesak kepala otak aku. Tu la orang cakap, kalau tengok ibu bapa dengan kasih sayang, akan dapat berkat dan pahala.

Thats all..

A song for rainy day

Sejak kebelakangan ni hujan asyik turun petang sampai malam. Lebat sangat. Sambil-sambil tunggu hujan berenti, aku pun main la petik-petik gitar. Petik punya petik, sekali dapat idea pulak. Terus ambil microphone untuk record. Dan hasilnya...


sebenarnya boleh nyanyi sedap lagi. Tapi laparnya pasal, dah malas nak oter-oter lagi. Terus je upload.
Layan~

thats all..

Lets change the habit

Ada sikit masalah yang betul-betul kena selesaikan secepat mungkin. Aku sedar yang hampir semua kerja aku siap separuh jalan. SEPARUH JALAN. Hoi~! Apa buruk betul perangai. Kalau omputih cakap tu, quiter~ haih. Camne nak buat ni?

First, project softbox aku yang dah siap stand dgn lampu tapi tak siap-siap lagi pasang. Aku macam lost je nak tambah apa lagi. Padahal tinggal pergi kedai, beli skru, pastu assamble je

Second, kes-kes yang dah siap perawatan semua, aku tak minta sain lagi dari lecturer. Takutnya nanti sebab lama sangat tak sain, kes tu kena batal. Mahu sampai tahun depan baru grad macam ni.

Third, baju yang dah kering dari jemuran, tak penah aku nak gosok ke lipat. Dulu ada la jugak gosok dan gantung. Sekarang, apa pun tak jadi. Baju berlonggok kat tepi katil. Masa nak pakai la baru terhegeh-hegeh gosok.

Forth dan seterusnya aku kena fikir lagi..tu kan..setengah jalan je. tak nak tulis sampai habis..iskk

thats all..

A push

Aku ingat lagi last year masa aku kat department pedodonsia, masa ni lecturer Radiologi, Drg Trelia Boel dalam rancangan nak siapkan PhD dia. Tinggal last presentation dah masa tu. Dalam sebulan dia sibuk nak kena siapkan bahan nak present untuk exam PhD dia. Masa tu aku kerja macam biasa je. Takde la semangat pun tapi takde la malas jugak. Entah macam mana entah, ada orang pick nama aku kat depan lecturer ni. Aku pun dipanggil untuk tolong dia siapkan presentation dia. Lecturer aku ni tak berapa mahir pakai Microsoft Office, so dia nak cari siapa yang boleh bantu dia. Aku pun takde la pandai sangat pun. Tahap student biasa je. Tapi kalau dah lecturer panggil tu, ikut je la. Kalau bantah kang tak pasal tak grad aku dari sini. Tapi semua tu ada ternyata ada baiknya.

Aku dipaksa kerja lepas masa klinik sampai pukul 5-6 petang. Setiap hari. Habis je masa klinik pukul 2 tu, dia dah siapkan dah lunch. So aku kena terus makan kat bilik dia tu dan habis solat terus sambung kerja. Or atleast temankan dia sampai balik. Hari ahad aku dipaksa pulak kerja kat rumah dia. Sama gak. Translate bahan nak present dan untuk print bahan. Disebabkan dah dekat sangat tarikh dia nak kena present, ramai jugak student yang kena tolong dia. Book hotel, belikan tiket flight, tempah catering. Aku just kena siapkan translate, taip-taip sikit, dan hantar fotostat kat kedai. Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar. Dan sekarang lecturer ni dah dapat PhD dia.

Lepas aku siap tolong dia, cycle aku tinggal lagi 3 minggu kat department ni. Macam dapat semangat baru, aku betul-betul berubah. Dalam tolong lecturer ni aku dah terbiasa kerja sampai petang, so aku stick dengan displin tu. Aku cari pasien petang dan setelkan perawatan dia dalam masa yang ada. Hasilnya, aku dapat siapkan lebih separuh dari minimal requirement yang aku jangka tak dapat siap.

Sekarang aku sedar satu perkara, aku perlukan satu dorongan untuk buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. I need a push to keep me going. Dorongan yang lecturer tu bagi aku, betul-betul dorongan yang tepat. Dan sekarang, aku perlukan dorongan itu sekali lagi.

Dimanakah mungkin aku cari?

thats all..

Disaster weather

Dalam minggu ni je, dah 4 kali hujan sampai tengah malam. Yang paling teruk semalam sampai tumbang pokok kat mana-mana. Angin kuat sangat. Lepas tu kilat sambar menyambar pulak. Kalau aku duduk rumah kampung yg jenis lama, kompem dah melayang atap zink, bocor sana sini. Cuaca macam ni peringatan untuk umat Islam sebenarnya. Jangan sampai terjadi balik tsunami dan gempa yang menelan banyak korban. Sebelum terlambat baiklah bertaubat. Insaf diri pada khilaf yang sering ku lakukan. (-_-)

Susah jugak nak act cool lama-lama ni. Depan orang memang nampak sempoi je. Macam happy go lucky je. Tapi bila balik rumah, terus main gitar nyanyi lagu sentimental. Sampai member aku cakap aku ni asyik layan lagu Emo je. Lek r. Aku tengah mendewasakan diri. Untuk stick to decision, perlukan kekuatan hati, jiwa, dan determination yang kuat. Ececeh. So far, aku dah buat keputusan yang betul dan tak ikut perasaan. I think I'm ready to get married.
...........???

thats all..

Bro code

Semalam pergi tengok cerita Avengers. Best jugak la. Kalau rating, aku bagi 9/10. Kurang satu sebab masa aku tengok tu yang tinggal cuma seat depan je. Sakit leher aku teleng atas lama-lama. Heh.

Pastu malam tadi boleh pulak aku mimpi pasal housemate aku dengan minah indon ni. Aku rasa kalau dah sampai termimpi-mimpi maknanya aku memang banyak fikir pasal ni. Aku tak ambil port pun pasal diorang nak buat apa pun, tapi minah indon ni duk sibuk post kat fb pasal diorg berdua. Ada kadang-kadang tu sampai 3 4 quote dia pick pasal jumpa cinta yg betul setelah dapat yang mcm sampah. Aku rasa dia tak fikir panjang lagi tu. Dia tak fikir ke yang mamat tu pun nanti balik Malaysia gak lagi 2 3 bulan nanti? Takkan dia tak boleh nampak yang mamat tu nak main-main je takat hilangkan bosan? Dan ternyata bukan aku sorang je yang fikir macam tu. Tapi kesian kat dia sebab dia takde kawan yang pushy. Semua pun yang jenis support je apa dia buat. So kalau dia buat salah pun diorang takkan tegur yang itu salah.

In a Bro code, one is prohibited from dating his friend's ex. Memang la minah ni bukan ex aku pun. Tapi consider dia pun ada time aku duk layan minah ni, takkan dia tak leh fikir?
 
Bila ada orang tanya pasal benda ni dengan aku, aku jawab je dengan ketawa sinis,"Haha, Tanya lah diorang.".
Cuma aku harap, minah ni takde la tabur fitnah buruk pasal aku pulak, which is obviously the one thing she'll surely do.

thats all..

Disturbing

My projek utk buat softbox tergendala dari petang tadi sebab takde gam. Pastu boleh pulak hujan lebat tak nak berhenti. Sampai tengah malam jugak la.Kalau setiap malam macam ni, mau tidur kelaparan setiap malam. Besok kena beli maggi siap-siap nampaknya.

Aku tak tahu nak cakap apa pasal kawan aku ni. Mungkin dia nak jaga hati aku sebab sampai sekarang dia duk cover dia keluar dengan awek lain. Sedangkan minah indon tu dah pun post gambar diorang kat Mickeyland. Berdua-dua sambil petik strawberry lagi. Haa. Biaq pi la depa nak wat apa pun. Tapi aku rasa pelik sebab minah indon ni taknak pun cari laki indon. Dia nak gak cari laki Malaysia. Kenapakah?? Maybe dia nak bangga-bangga sebab kapel dengan orang luar negara kot. Or maybe dia takde kawan laki yang indon kot. Or maybe dia nak bagi aku jeles sebab tu dia kapel dengan housemate aku. Hurm..banyak kemungkinan ni. Nanti je la aku tanya dia sendiri.

Aku tahu, tak bagus sebenarnya aku letak gambar aku dengan mana-mana girl kat fb sekarang sebab nanti aku kena cop playboy pulak nanti. Tapi kalau minah indon ni duk post gambar diorang kat fb, jatuh la saham aku. Dulu orang sibuk gosip aku dengan dia, dan aku play along je. Sekarang orang duk tanya apsal dia kapel dengan housemate aku lak. Macam tak bagus lak aku ni dengan perempuan. Minah indon macam tu pun boleh lari. Hal-hal macam ni lah yang buat aku rasa tercabar.
*Bila aku bengang, marah, frust, kecewa, depressed, tak tentu arah, ini lah pengubat hatiku. Sampai nak koyak kulit punching bag ni aku bantai. Tapi puas. Puas sebab dapat tumbuk something. Berguna jugak rumah aku ada benda ni*
 
A fact about indon girl is most of them really easy to get when they know you are from Malaysia and study in University. Just a couple of date and a week of non-stop call, they already in loved with you. Heck, some of my friends even got into their pants within a month.  That type of girls is everywhere here in Indon. Especially girls who can't get into college. But respectfully, there are also a lot of other girls that are really muslimah. And its not counting fingers. Only that you rarely see them on the road. Go to the mosque and you'd be surprised.

I've set my mind not to mend another temporary relation right now. Its not healthy. But in my situation, accused of being a loser is more upset than anything. I'll try to stand my ground as long as I can.

thats all..

Act now

Disebabkan tadi hujan lebat yang melarat sampai tengah malam, aku terpaksa buat kerja dengan perut lapar. Maggi dah habis, roti dah expired. Tapi hasil kerja aku kira okay la. Aku dah buat research pasal equipment photoshoot yang aku perlukan untuk next project. Ada 2 benda penting yaitu 'Softbox' and 'Backdrop'. Softbox ni kira lampu je untuk tambah lighting untuk model. Pastu backdrop supaya dapat hasil yang kontras skit.
Ni la hasil menunggu hujan lama sangat. Satu model mini dan sketch. Huff~ ada gak seni dalam diri aku ni. =P

"I'm already a quarter century old. I'm not looking for 'temporary' anymore. Sorry."

thats all..

Hell yeah!

Meh~

Dah sebulan lebih aku diam mendadak dengan minah indon ni. Tak tau masa bila sesuai nak bagitau kat dia kenapa aku diam. Aku takut nanti kacau exam dia lak. But then satu hari tu aku check kat facebook ada kawan dia post gambar dia tengah keluar dengan kawan aku. What is this man? Ada rasa terkejut masa tu. Tapi aku cepat-cepat tersedar. Rupanya aku masih ada sikit rasa dalam hati aku ni. Its normal. Tapi dia keluar dengan kawan aku sendiri kot. Haih. Desperate sangat ke dia ni?

Lepas ni ada projek fotoshoot. Kali ni scale dia lagi besar. Maybe 100 orang. So aku ingat tak boleh kerja sorang-sorang nanti lambat siap. Better aku hired member aku sorang lagi. Maybe hujung bulan ni. Lepas tu 17hb nanti aku balik Malaysia dulu. Lepak sikit pastu jalan-jalan ke. Untuk elakkan bosan kat rumah nanti aku kena rancang nak buat apa nanti. Huff~

thats all..

Side job

Alhamdulillah seminggu dua ni ada income lebih. Hari sabtu lepas ada orang call. Dia cakap dia perlukan fotografer untuk seminar dia. I just said okay la. Tak tahu la pulak dia nak bayar. Sebab aku cakap aku amik gambar pun suka-suka je. Hobi.

Bila sampai tempat tu, rupanya ada seminar make-up dan kecantikan. Tapi seminar kecik je. Ada la dalam 50 orang untuk 2 sesi. So aku pun amik la gambar diorg bila dah mekap-mekap. Habis je masjlis tu, panitia kira-kira duit pastu cakap dengan aku, "Macam ni la, bai. Yang foto-foto tadi kita bagi 75-25 boleh? Ubai amik 75%." :) Nice!

Walaupun tak banyak untung untuk yang pertama ni, tapi okay la untuk tambah pengalaman. Next seminar pulak, tengah bulan Mei ni. Tapi dia cakap yang grand nya buat kat hotel nanti bulan 6. Masa tu ada artis yang datang. So kena prepare siap-siap untuk event tu nanti.


Ni la salah satu awek indon yang ada kat situ. Cantik. :)

thats all..