Running again

Kadang-kadang aku bayangkan aku bangun dari tidur dan aku berada dalam badan orang lain. Tak kesah lah dalam badan sape pun. Kalau bangun-bangun je jadi putera raja pun best gak. Pastu aku nak datang Medan ni balik dan nak betulkan semua yang dah tak betol. Haih...banyak btol angan-angan.

Lagi sekali aku mengelak untuk berbicara dengan sidia. Aku tak tahulah kenapa aku nak lari lagi. Mula-mula aku nekad untuk mengejar kembali, lepas tu sekarang ni pulak macam nak buat bodoh je. Tak tahulah ape dalam otak aku sekarang ni. Kesian jugak kat dia. Tak pasal-pasal kene marah dengan aku. Haih..Nasib badan la weh..

Sekarang nih tengah kemas bilik. Barang-barang semua bersepah. Nak kene pindah bilik bawah lak lepas ni. Tak duduk single dah. Dah biasa duk bilik sorang-sorang, dah rasa macam best la plak. Tak kesah pun nak buat apa. Nak bogel ke, nak melalak ke, nak menari ke, macam tak kesah. Bukan orang nk ade kesah pun. Name pun duk bilik sorang-sorang.

Kerja ade la jugak satu dua. Tapi sebenarnya berat jugak kalau tak mula dari sekarang. Semangat kena ada kalau nak mula buat tugas. Dan itulah yang aku tak ada sekarang. Aku langsung tak ada semangat nak buat tugas. Asyik buang masa je. Haih..asalkan aku sempat siapkan sudah lah..

thats all..

Pain and gain

No profit without works.

No pain, no gain.

If you want something, you will have to work for it. Even if you have to sacrifice some of your precious.

Enough!!

urghhh...

Thats it!!

Stop it,Ubay!!!


Enough of these craps!!!



You only hurting yourself more!!




Stop it~! Just...stop!!!




Please~~

Mixing mood

Its been awhile since I started to get serious again.

I hope someone I hope to show, really gonna show up.

Maybe its hard to believe in hope, but to give hope, its not that hard, if you know what I mean.

Just saying another crap things to kill times.

thats all..

Climbing a mountain

Selama ini aku hanya berdiam diri dan merindu nya dari kejauhan. Dan kini aku ada peluang untuk menyampaikan isi hatiku padanya. Tapi aku perlukan kekuatan. Kerana aku tahu bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang terhenti ditengah jalan. Mungkin ia akan menjadi suatu permulaan yang berat atau pun ia bisa menjadi suatu permulaan yang menyenangkan.

Dalam fikiranku kini ada bermacam suprise yang ingin aku lakukan untuk sidia. Dengan harapan ia dapat menyentuh hatinya buat kali kedua. Aku ingin hatinya berbunga-bunga bahagia pabila disampingku.

Moga Tuhan mempermudahkan segala urusanku. Aku hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

thats all...

Don't say it!

I had starting to work hard on something, and now someone is telling me that thing had to be cancel. Argggghhh!!!

Kenapa dah separuh jalan kita mencuba, mesti nak ada orang tarik diri pulak? Spoil betul lah..
Macam ini baik tak payah buat dari first lagi.
Aku tak tau lah nak deal macam mane dengan orang macam ini.

Lantak lah. Aku malas nak fikir pasal futsal dah. Kalau ada orang ajak aku main je. Kalau takde pun takpe. Huh!

Simple words

"A simple line can make you laugh or cry.."

I am really HAPPY right now! So full of love. Oh God, thank you for this joy that I feel now.


Hatiku berbunga-bunga~



thats all..

Fight or Flight?

Fight v. struggle, esp. in physical combat or war; strive to obtain or accomplish something; argue. n. a period of fighting.

Flight ; running away.

Most of the time, I would avoid the obstacle in front of me or challenges that come across. I have living that life for too long now.

Now its up to me to made some changes for myself. Starting from deep inside me.
I will change!

Little me

"Ubai, kau kena berani hadapi semua itu..kalau bukan sekarang, pasti suatu hari nanti kau akan hadapinya juga..."

that's what I heard. But then when it comes to chasing chances or opportunities, BRAVE is not the thing I have in me.


I'm a coward!!!

Aku bukan pemberani!!!




Oh Tuhan, berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaan dalam hidup ini..

thats all..

How romantic am I ?

All these years, I have in my mind that I am a romantic person. I always wishing her goodnight, waking her up in the morning, buy her a teddy bear and a beautiful card for her birthday, texting her everyday, taking her out for dinner in romantic places, and so much to say. The thing is, I woke up this morning and I just realized how NOT romantic I am.

I'm NOT a romantic person the way I think I am....

Entah macam mana, pagi ini aku terbangun dengan satu mimpi tentang cerita yang telah lama terjadi. Saat aku bersama sidia, saat aku melakukan segalanya demi dirinya. Suatu malam dahulu, aku dipanggil sidia kerana dia tidak ada kenderaan untuk pulang. Letih dan penat yang aku rasa ketika itu bagaikan tiada apa tatkala hati ini ingin bersama sidia. Lantas aku terus memecut motor ku ditengah dingin pagi untuk bersamanya.

Ini bukan satu cerita yang aku banggakan. Aku hanya sedar betapa bodoh nya aku setelah sekian lama. Aku fikir dengan aku menerjah digelap malam, aku sudah membuktikan aku sanggup melakukan segalanya demi sidia yang aku sayangi. Tapi aku silap.

Saat aku sampai di depan rumah temannya, aku terus memberitahunya akan kehadiranku. Dia keluar dan menyambutku. Aku seronok, bahagia, tersenyum lebar, apabila melihat sidia muncul didepan mata. Tapi satu kesalahan yang membuatkan aku tidak seromantik yang aku sangka.


Sepanjang aku bersembang dengannya, aku kerap menyuruh sidia ambil kerusi untuk duduk kerana aku tahu aku ingin berbual panjang dengan nya malam itu. tapi sidia lebih senang berdiri bersamaku. Sedang aku duduk di atas motor ku kerana penat masih terasa. Inilah satu tindakan bodoh yang baru aku sedari pagi ini. Aku sepatutnya berdiri bersamanya semalaman walaupun masih penat. Aku sepatutnya bersamanya dalam detik susah dan senang. Tapi tidak. Apa yang aku buat adalah sebaliknya. Hati aku puas hanya dengan kesanggupan aku datang dari jauh dalam sejuk malam untuk berjumpa sidia. Bodoh betul aku masa itu.

Dan pagi ini aku menyesal atas kejadian itu. Aku tak se-romantik dan se-gentleman yang aku fikirkan!!!!

Where to start??

Rasa macam lost dua tiga hari ini. Belajar enath ke mana projek entah ke mana. Asyik duduk lepak saja tak buat apa-apa. Kalau tak tengok tv, mesti tidur. Semua pun sebab penat. Alasan je sebenarnya. Tak tahu lah nak start dari mana. Rasa tak semangat betul lah.

haih~

Banyak sebenarnya yang nak buat..
  • Nak bela fish
  • Nak belajar chord gitar baru
  • Nak update Web
  • Nak baiki makalah OM
  • Nak buat assignment Pedo
  • Nak kemas bilik
  • Nak training untuk Piala Konjen
  • Nak call parent setiap minggu
  • Nak betulkan tong gas sebab dah lama betul tak masak
  • Nak susun notes kuliah
  • Nak shopping
  • Nak upload video kat Youtube


Banyak lagi sebenarnya, tapi tak ingat apa entah lagi.
Setakat ini, satu pun tak dapat buat lagi..herm..apa la nak jadi...

haih~

thats all..

Pergi - Aizat



Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi..
pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Daydreams

Tadi lepas penat main futsal, aku lepak depan tv sambil keringkan peluh di badan. Masa itu aku terfikir, apa jadi nanti bila aku dah besar ek? Adakah aku akan macam ini saja? Cerita yang ditayangkan langsung tak menarik perhatianku. Hanya sebagai bunyi irama yang mendayu di telinga, sedangkan fikiranku melayang jauh entah ke mana.

Aku terbayangkan aku sedang menyanyi atas pentas, menyanyikan lagu untuk sidia. Beberapa lagu aku alunkan sekadar untuk menebus kembali khilafku padanya. Sehabis aku menyanyi, aku seperti tersenyum dan meluncur dari mulutku lafaz, "cinta hatiku masih tetap padanya sampai turun bidadari dari langit ke tujuh".

"Until now and forever I still in love with you..."



thats all..

It is worth?

I try to find some answer in life. And in that quest I stumble into more questions. I began to realize how my life really gone in many ways. How much did I change from whom I am back there?



Once, I've lost my way and I try hard to find my own self. I never found it. But I become aware of myself and what I kept inside me. It something I am and not what I want to be.

thats all..

Skipping class

I would say my self-worth is directly linked to how often I skip classes. I just feel so bad about it. My parents are paying in cash for my ENTIRE college education, room, board, tuition, books, everything and it’s EXPENSIVE. Whenever I skip class I think of all the people who wish they had my kind of opportunities. I think of all the people who work hard in school and deserve my parents’ money more than I do.

Also, I skip class, and then naturally I do worse on the tests for those classes and I realize how 100% my fault it is and start kicking myself. I mean how insane is that, you pay for the classes and then you don’t even attend?! It’s so dumb of me, but somehow it’s like I just can’t get my act together, like I’ll stay up late working on some project and then sleep through my first class or two accidentally, and then I’ve procrastinated on the assignment for the class that I can still go to, so I start working on it, and then I don’t finish in time, and then I feel guilty about being unprepared, so I just avoid the situation and skip it.

I know it’s ridiculous, but it’s so easy to not go. And then afterwards I just feel sick about the whole thing and about myself. My parents are like “why are your grades low?” and I always complain about classes being hard, and they are, but good grades aren’t unachievable. Even in my hardest classes, SOMEONE is making an A because they’re putting in the effort. That person needs to be me.

Don't Forget - Demi Lovato




Did you forget
That I was even alive
Did you forget
Everything we ever had
Did you forget
Did you forget
About me

Did you regret (did you regret)
Ever standing by my side
Did you forget (did you forget)
What we were feeling inside
Now I'm left to forget
About us

{CHORUS}
But somewhere we went wrong
We were once so strong
Our love is like a song
You can't forget it

So now I guess
This is where we have to stand
Did you regret
Ever holding my hand
Never again
Please don't forget
Don't forget

We had it all
We were just about to fall
Even more in love
Than we were before
I won't forget
I won't forget
About us

{CHORUS}x2
At all

And at last
All the pictures have been burned
And all the past
Is just a lesson that we've learned
I won't forget
Please don't forget us

Somewhere we went wrong
Our love is like a song
But you won't sing along
You've forgotten
About us

A dream

Malam sabtu itu aku cuba mencari jemaah di masjid, tapi tak jumpa. Akhirnya aku pulang ke rumah dan aku tekad untuk pergi ke Bukit Lawang esoknya. Malam itu hati aku berkecamuk kerana memikirkan perkara lalu yang masih menghantui jiwa. Tanpa sedar, akhirnya aku lelap juga.



Mimpi:
Aku berada didalam suatu rumah yang besar. Sedang aku diruang tamu, aku memandang ke atas dan aku lihat sidia sedang memberitahu aku sesuatu. Entah apa yang disampaikan olehnya aku tak dapat dengar. Tapi hatiku jadi marah seperti ada kata tohmahan yang sedang dilemparkannya. Lantas aku menjerit,
"Menyampah aku dengan kau. Babi kau,F******."
Aku tak tahu macam mana kata-kata itu boleh meluncur dari mulutku. Sidia terkejut.
Entah bila, mimpi berubah. Aku sedang menceritakan kejadian itu kepada kawanku. Habis aku bercerita, kawanku ini memberitahu aku bahawa sidia sedang sakit di hospital. Aku seperti tak percaya dan dengan cepat aku bergegas ke sana.

Aku melihat sekujur tubuhnya yang kurus seperti sudah lama tidak makan. Mukanya sayu penuh kesedihan. Saat aku masuk ke ruangan itu, dia melihatku. Wajahnya berubah seperti ketakutan kerana bersalah. Yang keluar dari mulutnya hanya, " I love you..I love you..". Tak sanggup aku melihat keadaan nya begitu. Lantas aku pegang tangannya dan aku cium. Pinggangnya aku rangkul erat. Hatiku ingin berkata I love you too, tapi tiada kata yang terungkap dari lidahku. Aku hanya mendiam diri.


Aku terjaga.



Di tepi katil itu, aku duduk termenung seketika. Memikirkan mimpi yang baru sudah ku alami. Dan dari situ aku mula membulatkan tekad aku untuk bersama kawan-kawanku di Bukit Lawang.

Trying to move on

Its getting hard to keep this feeling to myself. Each day I spent, not a single one I didn't grieve for the lost of my life. And sometimes I miss her so much, I almost burst into tears. Its sickening me and it killing me deep inside. I just can't take it anymore.

I try to move on but...





......

Every wasted days



"Ku biarkan pena menulis
meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
keresahan di jiwa
x pernah ku ingini

Perasaan lahir dari sebuah p'temuan
Berputik rindu dihati yang
amat m'dalam
Bakal menyinari seluruh alam
kehidupan
Segar sentiasa ia
dalam ingatan."
- orang


This is the first poem anyone ever wrote for me...
It takes me deep into my heart and I was sure she is the one for me..
But I was wrong...She left a note for me...


"...orang dah xde feeling macam dulu lagi. orang dah anggap abang macam abang orang sendiri. orang harap abang leh terima keputusan orang.."

And just like that,I lost my first love...and then the same happened for my second love...and now, I am grieving for the lost of my love again...

*sigh*

thats all..

seemingly advocated

Entahlah apa yang bermain di kepala otak aku sekarang. Rasa macam nak menjerit ada. Rasa macam nak menangis pun ada. Serba tak kena jadinya. Tapi itu semua hanya cerita hati. Semua perkara akan rasa susah bila hati tak tenang. Kelam kabut jadinya.

Tadi selepas balik dari masjid, aku singgah rumah Nisha sebab nak setelkan pasal trip diorang ke bukit lawang. Aku tak ikut. Tapi sebabkan ada abang yang diorang try kontek tu ada nombor aku, so dia pun kontek lah aku.

Nak dijadikan cerita, sembang punya sembang, abang tu pun bukak lah harga untuk satu kepala. Seorang kena charge Rp80ribu. Mak aih. Mahal nak mati. Tu tak masuk dengan penginapan lagi. Kalau nak ikutkan dulu time aku pergi, seorang kena Rp40ribu je. Jadi aku pun cakap dengan abang tu yang kitaorang macam tak komfem lagi berapa ramai yang nak pergi.

Habis je aku cerita kat Nisha, Seri dengan Hidir, Pakcik kereta sewa lak datang. Kitorang pun jumpalah pakcik tu nak bincang harga sewa kereta. Walaupun aku tak ikut, aku pun ikut jugak menyibuk kat situ. Tau lah aku yang diorang nak pergi hari Jumaat pastu balik petang Sabtu. Pakcik kereta tu cakap dia ada kerja hari Sabtu tu. Jadi dia boleh ambil diorang ni petang Sabtu jek. Fikir punya fikir, Nisha pun cakap lah okay.

Dah selesai satu masalah. Sekarang ni nak kena fikir pasal penginapan pulak. Aku pun tanyakan lah pada pakcik ni, biasanya berapa penginapan kat sana? Pakcik tu pun beritahu yang dia boleh carikan penginapan ikut harga yang kita mampu. Bila dengar dia cakap macam tu, aku pun dah senang hati. Tak payah lah pakai khidmat abang yang cekik darah tu. Selamat poket kitorang.

Dah siap bincang semua benda, agreement pun dah buat, so aku dengan Hidir pun balik. Harap-haraplah semua berjalan dengan lancar. Satu lagi yang penting masa nak pergi bukit lawang ni adalah cuaca. Kalaulah hujan je setiap masa, satu aktiviti pun tak boleh nak jalan. Kalau panas sangat pun boleh terbakar kulit.


Thats all..

Feeling hungry

Aku mengidam nak makan pau Blackforest sejak kebelakangan ini. Lalu aku pun singgah sekejap petang tadi kat kedai pau. Dah beli 2 pau aku pun berjalan ke moto aku. Pastu aku nampak ada sorang kanak-kanak istimewa ni tengah bersandar kat moto aku. Aku tiba-tiba terasa nak bagi satu pau kat dia. Tapi entah macam mana entah, aku tak jadi.

Dalam hati aku masa tu ada gak satu rasa yang agak-agak menyampah kot. Aku fikir, kalau aku bagi nanti, mesti setiap kali aku datang sini, dia akan expect benda yang sama. Supaya tak menjadi kebiasaan dia minta kat aku pada masa akan datang, aku pun pergi begitu saja.


Sampai di rumah, aku dapat berita yang tuan punya rumah nak datang tengok rumah ini. Kelam kabut semua orang kemas rumah cepat-cepat. Dari dapur sampailah ke depan pagar, semuanya bersih. Tiba-tiba aku teringatkan pau aku tadi. Aku cari di atas sofa depan. Tak jumpa. Mana pulak hilang pau aku ni. Aku tanya semua orang yang ada kat situ.

Rupa-rupanya pau aku dah termasuk sekali dalam tong sampah. Masing-masing sibuk kemas sampai lupa nak periksa apa isi plastik bag tu. Aku kecewa sangat bila tahu pasal pau tu. Dah lah mengidam lama dah. Herm, aku berfikir balik apa salah aku sampai jadi macam ni. Baru lah aku teringat kat budak kurang upaya tu. Nasib badan lah. Kan dah kena balasan Tuhan. Padan Muka.


"What comes around goes around"-Karma

thats all..

I seldom know

Beberapa hari nanti, kawan-kawan aku akan pergi ke Bukit Lawang beramai-ramai. Tapi aku tak rasa seperti nak ikut. Tak tahulah kenapa. Mungkin pengalaman pahit yang dahulu masih tak dapat aku lupakan. Perjalanan yang paling buatkan aku sakit hati. Tak tahu berapa lama aku menahan derita sepanjang hari itu. Biarlah kenangan itu pergi bersama aliran deras sungai itu. Hilang dari hidup aku. Takkan aku jejaki lagi tempat peristiwa itu terjadi.

Tapi aku tetap aku. Takkan pernah berubah. Aku yang aku kenal pasti akan buat kesilapan yang sama berulang kali. Biarlah berapa kali ditegur, pasti akan kuulang kesalahan yang sama.




Me and an angel..hehe..



I guess this girl just too pretty..LOL~

Adakah aku akan terus begini? Terus mendamba pada khilaf yang sudah jelas arahnya?
Sampai bila pun aku masih tidak pasti.


thats all..