Entahlah apa yang bermain di kepala otak aku sekarang. Rasa macam nak menjerit ada. Rasa macam nak menangis pun ada. Serba tak kena jadinya. Tapi itu semua hanya cerita hati. Semua perkara akan rasa susah bila hati tak tenang. Kelam kabut jadinya.
Tadi selepas balik dari masjid, aku singgah rumah Nisha sebab nak setelkan pasal trip diorang ke bukit lawang. Aku tak ikut. Tapi sebabkan ada abang yang diorang try kontek tu ada nombor aku, so dia pun kontek lah aku.
Nak dijadikan cerita, sembang punya sembang, abang tu pun bukak lah harga untuk satu kepala. Seorang kena charge Rp80ribu. Mak aih. Mahal nak mati. Tu tak masuk dengan penginapan lagi. Kalau nak ikutkan dulu time aku pergi, seorang kena Rp40ribu je. Jadi aku pun cakap dengan abang tu yang kitaorang macam tak komfem lagi berapa ramai yang nak pergi.
Habis je aku cerita kat Nisha, Seri dengan Hidir, Pakcik kereta sewa lak datang. Kitorang pun jumpalah pakcik tu nak bincang harga sewa kereta. Walaupun aku tak ikut, aku pun ikut jugak menyibuk kat situ. Tau lah aku yang diorang nak pergi hari Jumaat pastu balik petang Sabtu. Pakcik kereta tu cakap dia ada kerja hari Sabtu tu. Jadi dia boleh ambil diorang ni petang Sabtu jek. Fikir punya fikir, Nisha pun cakap lah okay.
Dah selesai satu masalah. Sekarang ni nak kena fikir pasal penginapan pulak. Aku pun tanyakan lah pada pakcik ni, biasanya berapa penginapan kat sana? Pakcik tu pun beritahu yang dia boleh carikan penginapan ikut harga yang kita mampu. Bila dengar dia cakap macam tu, aku pun dah senang hati. Tak payah lah pakai khidmat abang yang cekik darah tu. Selamat poket kitorang.
Dah siap bincang semua benda, agreement pun dah buat, so aku dengan Hidir pun balik. Harap-haraplah semua berjalan dengan lancar. Satu lagi yang penting masa nak pergi bukit lawang ni adalah cuaca. Kalaulah hujan je setiap masa, satu aktiviti pun tak boleh nak jalan. Kalau panas sangat pun boleh terbakar kulit.
Thats all..
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment