Malam sabtu itu aku cuba mencari jemaah di masjid, tapi tak jumpa. Akhirnya aku pulang ke rumah dan aku tekad untuk pergi ke Bukit Lawang esoknya. Malam itu hati aku berkecamuk kerana memikirkan perkara lalu yang masih menghantui jiwa. Tanpa sedar, akhirnya aku lelap juga.
Mimpi:
Aku berada didalam suatu rumah yang besar. Sedang aku diruang tamu, aku memandang ke atas dan aku lihat sidia sedang memberitahu aku sesuatu. Entah apa yang disampaikan olehnya aku tak dapat dengar. Tapi hatiku jadi marah seperti ada kata tohmahan yang sedang dilemparkannya. Lantas aku menjerit,
"Menyampah aku dengan kau. Babi kau,F******."
Aku tak tahu macam mana kata-kata itu boleh meluncur dari mulutku. Sidia terkejut.
Entah bila, mimpi berubah. Aku sedang menceritakan kejadian itu kepada kawanku. Habis aku bercerita, kawanku ini memberitahu aku bahawa sidia sedang sakit di hospital. Aku seperti tak percaya dan dengan cepat aku bergegas ke sana.
Aku melihat sekujur tubuhnya yang kurus seperti sudah lama tidak makan. Mukanya sayu penuh kesedihan. Saat aku masuk ke ruangan itu, dia melihatku. Wajahnya berubah seperti ketakutan kerana bersalah. Yang keluar dari mulutnya hanya, " I love you..I love you..". Tak sanggup aku melihat keadaan nya begitu. Lantas aku pegang tangannya dan aku cium. Pinggangnya aku rangkul erat. Hatiku ingin berkata I love you too, tapi tiada kata yang terungkap dari lidahku. Aku hanya mendiam diri.
Aku terjaga.
Di tepi katil itu, aku duduk termenung seketika. Memikirkan mimpi yang baru sudah ku alami. Dan dari situ aku mula membulatkan tekad aku untuk bersama kawan-kawanku di Bukit Lawang.
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment