All these years, I have in my mind that I am a romantic person. I always wishing her goodnight, waking her up in the morning, buy her a teddy bear and a beautiful card for her birthday, texting her everyday, taking her out for dinner in romantic places, and so much to say. The thing is, I woke up this morning and I just realized how NOT romantic I am.
I'm NOT a romantic person the way I think I am....
Entah macam mana, pagi ini aku terbangun dengan satu mimpi tentang cerita yang telah lama terjadi. Saat aku bersama sidia, saat aku melakukan segalanya demi dirinya. Suatu malam dahulu, aku dipanggil sidia kerana dia tidak ada kenderaan untuk pulang. Letih dan penat yang aku rasa ketika itu bagaikan tiada apa tatkala hati ini ingin bersama sidia. Lantas aku terus memecut motor ku ditengah dingin pagi untuk bersamanya.
Ini bukan satu cerita yang aku banggakan. Aku hanya sedar betapa bodoh nya aku setelah sekian lama. Aku fikir dengan aku menerjah digelap malam, aku sudah membuktikan aku sanggup melakukan segalanya demi sidia yang aku sayangi. Tapi aku silap.
Saat aku sampai di depan rumah temannya, aku terus memberitahunya akan kehadiranku. Dia keluar dan menyambutku. Aku seronok, bahagia, tersenyum lebar, apabila melihat sidia muncul didepan mata. Tapi satu kesalahan yang membuatkan aku tidak seromantik yang aku sangka.
Sepanjang aku bersembang dengannya, aku kerap menyuruh sidia ambil kerusi untuk duduk kerana aku tahu aku ingin berbual panjang dengan nya malam itu. tapi sidia lebih senang berdiri bersamaku. Sedang aku duduk di atas motor ku kerana penat masih terasa. Inilah satu tindakan bodoh yang baru aku sedari pagi ini. Aku sepatutnya berdiri bersamanya semalaman walaupun masih penat. Aku sepatutnya bersamanya dalam detik susah dan senang. Tapi tidak. Apa yang aku buat adalah sebaliknya. Hati aku puas hanya dengan kesanggupan aku datang dari jauh dalam sejuk malam untuk berjumpa sidia. Bodoh betul aku masa itu.
Dan pagi ini aku menyesal atas kejadian itu. Aku tak se-romantik dan se-gentleman yang aku fikirkan!!!!
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment