Still unforgetable


Kucuba untuk menumpukan perhatian pada pelajaran..


Hakikatnya, aku alpa melayan segenap rindu yang bertandang..

"Aku tunggu ko balik ow. Jangan nak tunang2 lak.ahahaha~"

"Ye la. Tak tunang pun. Baru je 3 hari aku balik msia. Hikhik~"


Masih terngiang bibit perbicaraan kami saat indahnya cinta bersemi dahulu. Setiap tutur yang pernah terucap dahulu, aku kumatkan kembali hanya sekadar untuk melepaskan rindu yang terbengkam dihati.

Dan setiap kali aku lewati jalan yang biasa dia lalui, aku tercari-cari seraut wajahnya walaupun harapannya seperti buih dilautan luas. Ke kanan dan ke kiri aku toleh tatkala aku sampai ke jalan itu. Dan setiap kalinya tiada yang kudapat kecuali hampa.


"Tangannya yang pernahku pegang erat masih terasa hangatnya.
Oh Tuhan, aku kehilangan kata-kata untuk menterjemahkan rindu yang semakin tak dapat ku bendung ini."

It continue as the world is

But you showed me the right way. Maybe if I walk alone on this road, I'll eventually stuck or stumble again and again. Its you who guide me through all this even if its only for awhile.

- Setiap kali hujan membasahi bumi, aku bayangkan dirinya keseorangan dalam bilik menantikan ku. Sejuk dan lapar silih berganti tapi tak pernah dia luahkan kerana dia tahu sebentar lagi aku pasti akan datang dengan makanan hangat untuk disantap bersama. Dan aku datang seperti yang dia mahu.

- Setiap kali malam menjelma, dia pasti akan memikirkan bagaimana hari esok yang bakal dilaluinya. Lalu aku hadir dari corong suara telefon bimbitnya untuk menghiburkan malamnya. Hinggalah mimpi datang mengulit lena.

- Setiap kali hadir sakit dalam hidupnya, dia pasti akan mengadu padaku. Walaupun aku tak mampu menghilangkan sakitnya saat itu, tapi dia tahu sakitnya tiada rasa tatkala ku pujuk dan ku belai dirinya.

- Setiap kali rindu membara dalam dirinya, aku pun turut merasakannya. Lalu saat aku
dan dia bersendirian, aku pegang erat tangannya dan dia pegang erat tanganku.Waktu terasa seakan berhenti dan biarlah itu yang menjadi kenyataannya. Aku dan dia tenggelam dalam dunia asmara yang dicipta bersama. Begitu indah.

"Tangannya yang pernahku pegang erat masih terasa hangatnya.
Oh Tuhan, aku kehilangan kata-kata untuk menterjemahkan rindu yang semakin tak dapat ku bendung ini."

Perfectionist - Hey!


The look and sound of perfect..Heck?!

Apakah ada kesempurnaan yang begitu sempurna sehingga tiada langsung ruang sekecil apa pun untuk cacat cela? Apakah ketidaksempurnaan diri ini menjadi suatu penghalang?

Suatu petang yang indah dahulu, pernah aku bersama dirinya -buat kali terakhir- mengucapkan akhir dari suatu pertemuan. Penat sudah aku fikirkan apakah sudah tiada peluang untuk kedua kalinya bagi diri ini meluruskan khilaf yang lalu. Kesalahan diri ini yang tak kenal isi hati seorang hawa.

Aku masih belajar untuk mengenal dunia ini! Berikanlah aku peluang yang kedua~

Lost and found



"Selalunya bila kita kehilangan benda yang kita sayang, perasaan sedih dan hiba pasti akan kita rasa. Apatah lagi bila sesuatu itu tidak mungkin dapat diganti oleh benda yang lain. Maka bermulalah pencarian untuk menemukan kembali benda yang hilang itu.

Namun bukan maksud saya untuk menceritakan tentang hilang dan jumpa. Tetapi hakikat dari apa yang telah diciptakan oleh Tuhan. Sesuatu yang indah itu sebenarnya adalah kurniaan dari-Nya. Dan kita mula menghargai benda yang indah itu. Namun pasti suatu hari, benda yang indah itu akan pergi jua sama ada hilang, rosak atau mati.

Sementara kita yang masih meneruskan hidup seharusnya menerima hakikat ini. Walaupun lebih pahit dari hempedu, walaupun terasa sakit yang menusuk kalbu, semuanya akan ada hikmah dan hal yang baik dari semua itu."

Not over you

It so meaningless to fight this feeling in my heart..

"Bagiku cinta itu merah, putih dan hitam kerana itu lah warna kegemaran nya. Dan rindu ku ini menjadikan rasanya itu rasaku. Aku semakin tidak mengerti apa yang timbul dalam kata-kata yang ditutur oleh lidah. Setiap ada kalimat namanya aku akan hilang dalam khayalan. Lalu ku langkahkan kaki mencari kembali dirinya.

Setiap kali hadirku ke cafe itu, mataku melirik mencari dia. Jauh ku memandang dari hujung penjuru hingga ke setiap sudut kalau-kalau ada wajahnya hadir. Tapi sering aku hampa kerana tiada tanda kemunculan dirinya disitu. Dan seperti orang yang hilang arah, aku berjalan mengelilingi cafe itu berkali-kali, dengan harapan aku akan melihat wajahnya.

Tangannya yang pernahku pegang erat masih terasa hangatnya.
Oh Tuhan, aku kehilangan kata-kata untuk menterjemahkan rindu yang semakin tak dapat ku bendung ini.
"


I missed An..=(
I missed the time we were together..
I missed the moment we used to share..

I still not over you~

Some notes of mind

I pick this phrases from persisminda blog..I can't help myself but to read it again and again. I think this phrases show what I really felt.

"kerana kasihku telah tercipta
dari sinaran matamu karam ke dasar hatimu.
Selamilah lautan sukmamu (*sekali lagi*)
sedalam-dalamnya,
kerana aku telah selamkan
mutiara cintaku di dasarnya.
Ingat kasih tidak akan berlalu hari
selagi tanpa aku mengingati dirimu.
dan percayalah tidak akan berdetik waktu
selagi rinduku bertahta dikalbu.
Kerana setia ku tidak akan terhenti disini.
Kini ku dilautan rindu, berdoa dan memohon pada Nya,
Moga satu waktu nanti cinta suci ini akan bersatu,
Terlerai rindu dibalik tirai kamar kasih."


I hate this feeling!!!

My oh my~

Why did I scream my heart out??

Reading it back and again make me sick...urgHH..


"Please la jangan jiwang2 lagi...xlarat la nk wat keje kalau asyik layan feeling jek..keje xleh jalan taw..adeihh..

Pegi mati la dengan feeling2 nih..maleh dah..uhuuuuee..



=(

I can't hold on much longer

"Letih selalu membuatku berfikir jauh ke masa silamku yang kadang membuatku ketawa, kadang membuatku tergenang. Hari ini aku dapat siapkan semua dokumen surat izin belajar dan semuanya telah diposkan dengan selamat. Lega hatiku setelah semuanya selesai. Malamnya aku mengajak juniorku keluar untuk belanja aku makan. Kononnya sebagai imbalan tolong poskan dokumen tu. Padahal aku cuma mahu mengubat hati yang asyik berduka. Makan malam yang sederhana tapi cukup untuk menghiburku.

Dalam perjalanan pulang aku pandang langit yang tak berawan. Terlihat bintang-bintang cerah mengelilingi bulan. Tenang. Seolah-olah semuanya sedang memandang aku yang kesepian. Kalaulah bintang itu adalah matanya, setiap masa akan ku tatap indah langit malam. Kalaulah bulan itu telinganya, setiap masa akan ku bisikkan bait puisi padanya.

Aku terus membonceng motosikal yang dulu pernah membawa dirinya. Bagaimana mungkin aku lupakan tangannya yang merangkul pinggangku. Lalu aku pegang tangannya membalas sentuhannya. Semuanya seperti baru terjadi walaupun aku sedang keseorangan mengharung sejuk malam. Aku memulas minyak lebih kuat dan laju cuba untuk menghilangkan semua kenangan bersamanya. Semakin laju angin menerpa wajahku, semakin kuat hatiku ingin menjerit memanggil namanya. Aku lihat semua kenderaan seperti membuka laluan untuk aku yang tenggelam dalam kenangan lalu.
Sampai dirumah aku terus mengambil gitar dan mengalunkan bait lagu yang ada namanya. Cuba untuk menghilangkan rindu di hati. Setelah sejam melayan perasaan yang resah, aku mula sedar yang dirinya tidak lagi akan bersamaku. Biarpun berapa lama aku kan tunggu. Kenyataan ini membuatku tersentak dan perasaan mengantuk mula hadir. Aku rebahkan diri di atas tilam yang sering menjadi tempat aku melepas penat lelah. Bantal aku peluk erat menutup wajah sedihku.

Aku pasti akan teruskan hidupku. Dia hanyalah persinggahan dalam hidupku yang belum pasti ke mana destinasi. Pernah ku katakan pada diriku, bagiku dialah destinasi yang ku cari."

Police story

Today was one heck hactic day for me. So much work have to be done and I still have to play futsal against senior. DAMN TIRED!!!

but thats not the end of it....


On my way to campus, to play futsal, a police officer followed me. I didn't notice first but then when I start to speed up, I notice somebody did the same. My heart began to pump faster when I realize that the person chasing after me is a police officer.

Suddenly he stopped me and forced me onto sidewalk. I tried to calm down as I didn't do anything wrong. He asked for my license and road tax. I gave him with a smile hoping that he will let me go quickly. But that didn't happened.

"Do you know whats wrong with you?"he asked.

"I'm sorry,sir. But I didn't do anything wrong.",I said.

Then slowly he said,
"Being HENSEM is a CRIME..I have to charge you for being too HENSEM."

I was too speechless to speak, but then when he turn around to pick something from his bike, I started my bike quickly and dash as fast as I could. And I never see that police again.


I'm sorry for being hensem. If its a fault then please punish me. Its hard to cover up anymore..urghh..Now I know how it feels when you are guilty..I'm sorry..

p/s: LOL! lalalala~

Sharing Loves

Love is all around~

Its seems like I am the only person with no one to love...so I will love everyone~

I love U all!

ahahahaha~


thats all..

Singing lullabies

I don't know how much I miss her right now. I wish I never had met her ever. Now, I can't stop thinking about her..

"Senang untuk berkata yang hati tidak lagi menyintai sesuatu, tapi semalam dan kelmarin menjadi satu dugaan berat untuk aku tahan rindu yang tak tahu bila hadir. Sepanjang hari aku terdiam cuba untuk memujuk hati. Wajahku kusut dan otakku bercelaru seperti orang tua yang kematian anaknya. Matahari pun turut berduka dan mendung tiba menutup hangatnya suasana siang hari.

Malam tadi aku melepaskan semua resah dan kepahitan yang tersimpan dalam hati. Aku menjerit sekuat hati dalam nyanyian karaoke, melepaskan semuanya. Biarlah hati ini tidak lagi dihurung rindu yang tidak diundang. Aku puas.

Penat sangat bila memikirkan masalah yang tak kian surut. Bidadariku hadir dan pergi. Bidadariku...siapakah dirinya??

Crap, crap, and crap


To be honest, I didn't really think my recent post is me posting it. Its like someone else got control of me and I start typing things and thoughts. Why is that? I don't know either..

So starting after this there will be some changes around here. I really wanted to change and start over again~

Noting a heart

My mind always say I can do it even if the truth is I can never do. But can't blame me for such thought. I learn it from my past..

"Aku pulang dari destinasi makanku di paim dan aku dapati ym ku ada sesuatu. Kulihat dirinya hadir seketika utk buZZ aku. Lalu tanganku pantas memegang mouse dan aku klik button buZZ utk menjawab panggilannya. Ternyata dia tetap disitu setia menunggu jawaban.

Lalu ku kisah kan seputar suara yang ada dibenakku ketika itu. Kisah petang yang panas, kisah lelahku bershopping dan kisah kerja yang tak sudah-sudah. Entah sampai dimana celoteh kami berdua yang sekejap-sekejap kehilangan kata, kehabisan tutur dan tersalah taip bait-bait bicara. Namun aku berhenti seketika untuk mandi menghilangkan panas yang semakin membahang.

Mandiku menambah perasaan ingin beradu yang sudah tidak mampu ku bendung. Aku terbaring diatas katil yang empuk dan ditiup angin dari kipas yang kupasang full. Akhirnya aku lelap setelah menyampaikan salam tidur untuk dirinya.

Terjaga aku ditengah malam dan aku teruskan usaha untuk cemerlang dan berjaya. Aku siapkan semua resit yang masih sisa dan pelajaran esoknya aku baca untuk persediaan masa esokku. Aku bancuh secawan Nescafe untuk menghilangkan mengantuk yang hadir. Habis itu aku pun menaip disini untuk menceritakan malamku ini. Begitulah malamku. Begitulah hidupku."

Tag by [ SARA ]


1. laman web ape yg slalu dilawati??berikan 3 laman web tersebut

a)facebook

b)youtube

c)goal.com


2. tiga hadiah yg sgt2 anda inginkan utk jangka masa terdekat ini..

a)more time...

b)piala porseni..(we can do it!!)

c)wallet baru..huhu


3. adakah anda boikot KFC,McD,PIZZAHUT & STARBUCK?

selagi mampu diboikot!


4. kalau dah boikot,kemana destinasi fastfood anda seterusnya??

paim!!


5. soalan terakhir, apa yg ada dalam perut anda skang??

teh tarik paim n gula2 KISS..

Missing someone so much

"Terdiam aku cuba untuk mengingati segala yang telah berlalu. Bukan kehendak hati untuk mencari bidadari peneman hati, tapi Tuhan telah temukan aku dengan si dia yang menghibur ku saat ku sedih, mengingatkan ku saat ku alpa, menemani ku saat ku sunyi.

Namun mentari yang terbit indah menerangi pagi ku tiba-tiba hilang ditutup awan gelap. Penat aku mencari kemana hilang nya matahari yang tadinya cerah. Lalu hujan pun turun dan menbasahi seluruh jasad ku. Aku terpaku.

Lalu tangisan dan hujan menjadi satu dalam kerinduan ku yang tak tahu kepada siapa patut ku luahkan. Ku cuba untuk melangkah pergi mencari kembali bidadari yang pernah sudi hadir dalam hatiku. Berkecamuk hatiku saat kulihat bidadari yang pernah ku punya semakin menjauh dan hilang dari pandangan. Dan dari kejauhan aku menjerit memanggil nama nya yang manis di lidahku. Setiap tutur namanya kulontar, sakit turut hadir menuntun rindu yang semakin tak dapatku bendung. Aku teruskan mencari.

Malamku kian sunyi tanpa dirinya. Sedang pungguk pun simpati pada nasib diriku walaupun rembulan masih jauh diangkasa. Mungkinkah bidadariku turut merinduiku? Diawan sana memanggil namaku tanpa aku dapat mendengarnya. Haruskah aku terus menanti dalam basah dingin yang menusuk tulangku, mencengkam jiwaku?

Jika ada walau sekelumit rindu dihatinya, biarlah takdir yang menemukan kembali diriku dengannya. Ku lelah mengejar sesuatu yang semakin pergi.
"

I didn't mean to write this. but once, I had love her more than everything. Thats why it'll take sometimes till I forget this feeling for her. Or maybe I won't.

feel the heat

If only I can get this feeling out of me..
I hate myself more when I am me..

Sometimes I feel so lonely even when everybody is around me..

"xsuke la feel cmni..dah cakap dah xnk feel2..adoiii...pedih nye..."

TOLONG~...uhhhueeee..

thats all..