But you showed me the right way. Maybe if I walk alone on this road, I'll eventually stuck or stumble again and again. Its you who guide me through all this even if its only for awhile.
- Setiap kali hujan membasahi bumi, aku bayangkan dirinya keseorangan dalam bilik menantikan ku. Sejuk dan lapar silih berganti tapi tak pernah dia luahkan kerana dia tahu sebentar lagi aku pasti akan datang dengan makanan hangat untuk disantap bersama. Dan aku datang seperti yang dia mahu.
- Setiap kali malam menjelma, dia pasti akan memikirkan bagaimana hari esok yang bakal dilaluinya. Lalu aku hadir dari corong suara telefon bimbitnya untuk menghiburkan malamnya. Hinggalah mimpi datang mengulit lena.
- Setiap kali hadir sakit dalam hidupnya, dia pasti akan mengadu padaku. Walaupun aku tak mampu menghilangkan sakitnya saat itu, tapi dia tahu sakitnya tiada rasa tatkala ku pujuk dan ku belai dirinya.
- Setiap kali rindu membara dalam dirinya, aku pun turut merasakannya. Lalu saat aku
dan dia bersendirian, aku pegang erat tangannya dan dia pegang erat tanganku.Waktu terasa seakan berhenti dan biarlah itu yang menjadi kenyataannya. Aku dan dia tenggelam dalam dunia asmara yang dicipta bersama. Begitu indah.
"Tangannya yang pernahku pegang erat masih terasa hangatnya.
Oh Tuhan, aku kehilangan kata-kata untuk menterjemahkan rindu yang semakin tak dapat ku bendung ini."
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment