New Old-hair

My hair keeps on growing and that the best part of it. Back then, I wasn't prefer to have such curly and afro-type hair. I used to make it straight because I thought it will be much cooler. But I found out later that having such hair is what makes me special.Now, I love it the way it is.


My First Pic this month..


My Pic During Retro Nite..just 2 days before this..


My Latest Hair...I had to cut it short but that barber guy didn't understand what I want..:(

Sebenarnye same je macam last time potong pendek.
Tapi still rase macam xbest. Maybe sebab dah biase dengan gaya rambut panjang. So bile dah kurang rambut baru la terasa lain skit..

Marvelous Night

Malam tadi merupakan saat yang berharga yang sangat aku banggakan. Tak tersangka semuanya indah dan menawan. Kini hati ku dihiasi seribu warna pelangi. Indah.

Aku masih kepenatan dari dinner semalam. Entry selepas ini akan aku ceritakan semua cerita indah malam tadi. Walaupun penat masih tak hilang, tapi segalanya terasa berbaloi.

Lagi terasa indah bila aku dapat bersama sidia yang ku rindukan. Oh Tuhan, aku masih mengharap dalam hatinya ada diriku.

thats all..

A day without exam

This is a story about yesterday...

Semalam penat yang sangat sebab main futsal sampai pukul 2 pagi. Tapi puas terasa di hati sebab banyak dapat jaring gol. Balik rumah je, badan dah mula rasa sengal-sengal. Rasa lenguh sana, lenguh sini.Penat dia Tuhan je yang tahu. Dan aku pun terlelap dengan peluh kering dibadan.

Pagi itu, aku terjaga pukul 9. Aku duduk termenung sekejap melayan mengantuk yang masih tersisa. Rasanya mahu saja aku sambung tidur kembali. Tapi hari ini aku sudah menyusun waktuku untuk menyiapkan semua kerja yang masih tertangguh. Aku bangkit dari katil dan terus bersiap untuk menghadapi hari yang bakal memenatkan diri.

11.30WIB:
Sampai di rumah Julu. Lihat pintu yang bakal dijadikan bahan pementasan drama untuk Dinner nanti. Lepas tu cari Kibo nak suruh dia carikan orang untuk buat rangka pintu. Pastu dapat mesej dari kawan yang baru habis exam. Lapar dah pun masa tu. Dan aku terus pergi Netral untuk makan.

12.30WIB:
Jumpa Aidil di FK untuk menyelesaikan masalah Dinner yang masih tak kunjung selesai. Masih menunggu bila band Zul nak training. Dalam masa itu aku terserempak dengan sidia. Aku terlalu sibuk untuk duduk semeja bersembang. Cuma sempat menyapa dan berbalas senyuman. Kemudian aku hantar Gaddafi balik rumah dan aku kembali ke FK.

14.00WIB:
Tukang rumah sampai dan aku minta dia tolong setelkan problem pintu untuk pementasan tu. Dah siap ukur segala macam, aku bersiapkan diri menghadap Tuhan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Selepas itu aku terus pergi ke FK untuk ambil Aidil ke tempat training band Zul.

(Aku dah penat taip..so aku short kan je la ek..huhu)

15.00WIB:
Band Zul kene tunggu sejam sblum dapat training.

16.00WIB:
Mula training band Zul.

17.00WIB:
Pergi Sun Plaza nak cari kek untuk Julu. Tapi last2 end up tengok cerita dragonball kat wayang. Dan buat kali kedua aku terserempak dengan sidia. Kali ini aku tak melepaskan peluang. Aku duduk bersembang sambil wajahnya ku tenung sedalamnya. Walaupun masa sangat mencemburui detik itu. Sekadar melepaskan rindu yang telah lama terbungkam disudut hati.

20.30WIB:
Baru lepas makan kat Thai express. Pastu hantar Sarah balik rumah untuk tukar baju dan siap untuk futsal. Lepas tu gerak pergi rumah Aiman.

21.30WIB:
Main FIFA09 dengan Aiman. Tunggu sampai semua orang dah siap untuk futsal.

23.00WIB:
Mula main futsal selama 2 jam. Penat yang melampau.

01.00WIB:
Lepak kat paem. Celebrate besday Julu dengan Qurot.

03.00WIB:
Sampai di rumah dan terus melelapkan diri.

Sehari yang sangat melelahkan tapi puas sebab setiap masa terpenuhi. Seronok dapat keluar dengan kawan-kawan. Kalau berseorangan selalunya akan cepat bosan dan tak tahu nak buat apa. Pendek cerita, tersangat lah happy.

Down and low

Exam tinggal lagi 2 paper je lagi. So be strong abu.

Sangat banyak yang terluka hari ini. Bukan nak mengata sesiapa, tapi kalau nak bagi teguran pun at least appreciate lah orang yang dah buat keje penat2. Semua orang dah penat lelah buat keje sampai sanggup korbankan mase tido, makan pun cepat2, ade yang sampai skip kelas semata-mata nak bagi yang terbaik untuk acara nie. Boleh pulak dia senang2 cakap "saya tak nampak la manfaat dari dinner nih".

Dah la cube nak bandingkan program BADAR dengan Annual Dinner. Memang sah lah participant dia sangat jauh berbeza. Semua pun salah orang yang kelola BADAR sendiri. Masing-masing syok sendiri pikir diri sendiri lagi bagus dari orang lain. Dalam otak diorang mesti diorang pikir 'kalau diorang tak join program BADAR means diorang ni tak sebagus aku' or 'Aku bukan tak nak ajak diorang tapi komfem diorang takkan datang. Tak gune ajak pun.' WTF?! Name pun aktiviti persatuan. Sukahati la nak datang ke tak nak.

Daripada datang pastu kene laser, kene bebel, kene bakar telinga, baik je la duduk bilik study. Bukan nye bertambah baik. Silap2 lepas ni dia dah tak nak langsung terlibat dengan benda2 agama. Siapa yang nak dipersalahkan? Diri sendiri? BADAR?


Apa-apa pun semua benda ni dah buatkan aku emosi dan sangat la down. Bukan aku sorang je, Aidil siap menangis lagi sebab rasa kecewa. Penat2 berlatih,perah tenaga, perah otak, last2 kena pukul habis semua performance ktorang. Siapa yang tak makan hati bila keje yang kita buat sepenuh hati sepenuh tenaga, tiba2 ada orang kata ini tak ada faedah ni, tak ada guna buat. Rasa macam kena tusuk jarum pastu kena korek2 keluar. Kesian sangat kat Aidil.

Dan semua ini membuatkan aku tak dapat nak fokus untuk paper DPH4 nih. Memang la malang nasib aku dengan subjek ni. Mesti ada je batu penghalang. Bila aku dah semangat nak menghafal dan segala macam, ada je benda yang cuba nak buat aku down or nak buat aku lalai. Itulah sebabnya aku tak pernah dapat markah selain D untuk subjek ni. Entah apa lah nak jadi.


Thats all..

Semangat yang kian malap

Aku tak tahu apa yang aku buat selama aku berada diperantauan ini. Nak kata belajar, lebih banyak mainnya. Nak kata main, tak mungkin beribu ringgit habis semata-mata itu. Tapi itulah hakikatnya sekarang. Aku terawang-awang di angkasa tujuan. Entah bintang mana yang akan membawaku ke destinasiku.

legah : abu ubaidah awak tu tgh blaja untuk menjadi dentist..hold on to that..ko dah jauh la..sayang kot nak tggl camtu..skang ye la ko rse cam tak bes..nnt klu ko tggl btol2.. future msti ko menyesal..temporary je kot ko rse camtu..nnt ko msti ok... i trust u man!!! go ABU!!!

Semua galakan dari kawan aku membuatkan aku sedar dimana tempat aku berpijak. Mungkin aku terlalu alpa dengan masalah kecil sehingga matlamat yang utama hampir jatuh dari junjungan hidupku. Semakin lama aku terapung mencari tali panduan, aku semakin sedar yang telah ada tali sedang mengikat erat badanku.

thats all..

kawan baik ialah kawan yang baik

Semalam aku termenung jauh memikirkan keputusan yang aku buat. Adakah aku betul-betul mahu melupakan dia, melupakan semua kenangan yang indah ini? Dan sampai sekarang aku masih terawang-awang dalam ruangan persoalan yang tiada penghujung.

Kawan baik aku, Sob, semalam YM aku dan dia mengadu masalah jiwa raganya. Entah mengapa aku terdetik untuk memberi pendapat aku yang tidak bernas, jauh sekali bijaksana. Tapi hakikatnya apa yang aku sampaikan pada dia merupakan apa yang aku alami dan aku rasakan sendiri.


sob: wei
sob: tau x...
sob: aku dah cntct semula ngn ex aku tg xguna tu
abuubai: then?
abuubai: die ckp pe?
sob: erm
sob: ntah ar
sob: aku jap2 luperkn aper dia wat kat aku
sob: tp bler teringat
sob: aku sakit ati balik
sob: huhu
sob: aku pon bingung
abuubai: is dat y u crying slame nih?
sob: erm
sob: ader ar sket2
sob: ko rasa dia sayg aku?>
sob: dia slalo wat aku nangis

abuubai: ntah la
klu lame sgt ko lepas kn die
kdg2 die akan let go gak
tp still die akan de feeling kt ko
tu mmg kompem la
just depend kat die
die nk simpan feeling tu balik
or dia nk buang jauh2


Itulah yang aku sedang rasakan ketika ini. Tuhan saja yang tahu betapa rindu yang tak dapat kuungkapkan ini memakan hati dan jiwaku hari demi hari. Dan aku terapung diatas lautan curiga cuba untuk mengail sebuah keputusan yang berenang entah dimana dibawah perahu hidupku...

abuubai: ko still de feeling kat die?
sob: ader xder
aku bohsan sebenarnyer
aku xsker layan org lain
kawan2 rapat jer
if nak berkenalan aku mmg xnak


Kemudian aku terpaku memikirkan perkara yang terjadi dihadapan aku ketika ini. Terbayang wajah si dia di dalam benakku. Benarkah rindu itu masih wujud dalam dirinya? Mungkinkah dia sedang merasakan apa yang aku rasakan?

thats all..

Your call - Secondhand Serenade


Waiting for your call, I'm sick, call I'm angry
call I'm desperate for your voice
Listening to the song we used to sing
In the car, do you remember
Butterfly, Early Summer
It's playing on repeat, Just like when we would meet
Like when we would meet

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight


Stripped and polished, I am new, I am fresh
I am feeling so ambitious, you and me, flesh to flesh
Cause every breath that you will take
when you are sitting next to me
will bring life into my deepest hopes, What's your fantasy?
(What's your, what's your, what's your...)

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight


And I'm tired of being all alone, and this solitary moment makes me want to come back home
x4
(I know everything you wanted isn't anything you have)

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight

Exam week

When it comes to examination, I'll always caught flu and fever. Its very irritating as I cannot concentrate on revision and doing questions.
Eventually, when I sat for the paper in the morning, the flu got worse. I had to hold my nose as I'm writing down the answer. I hate it so much when that happen.

I'm not study very hard right now. Its like I'm already giving up for this test. I don't know what had happened to me nowadays.

thats all..

Semangat yang hilang

Semarak impian segunung harap dijulang,
usahlah diragukan keupayaan diri,
api yang membara mengikutkan kata,
apa jawapan nya disini, semangat kita hilang.


tak tahu dari mana hendak ku mulakan revision ni. Macam tak bersemangat langsung minggu ni. Dari nota-nota sampai ke katil, semua pun tak terurus. Berterabur sana sini macam rumah yang kena tinggal bertahun lama. Lepas tu asyik rasa penat je badan. Mata mesti rasa mengantuk bila balik bilik. Last2 tidur je lah kerjanya.

Aku kena mula mencari semangat baru. Masih ada peluang untuk aku 'pulun' habis-habisan. Walaupun pahit macam hempedu pun aku kena juga telan. Asalkan semangat tu tetap ada.

Chaiyok2!!!

She was my past

Time that has been pass by fail me again as I walk on this road for the second time. If only I knew this is the same road I once traveled, I would pick other way to get to end of the road instead of what I have chose.

For once, I felt really living my life when I have her by my side. Everyday full of things I would do with her, stories I would tell her, songs I would sing with her. Those times were long gone now.

Now, I feel lonely again. With nothing to do and so much to regret.

Dahulu dan kini

Jarang sekali untuk aku bermadah kata bertutur puisi dalam hidupku. Tetapi itulah hakikatnya sekarang bila aku baca kembali entri yang lepas-lepas. Dulu aku dikenali sebagai abu jiwang sebab tidak pernah lekang dari ayat-ayat yang aku tulis berupa puisi dan gurindam rindu. Semuanya sebab cinta pertama aku pergi meninggalkanku.

Setelah itu aku kembali menjadi kaku kata tanpa sebutir pun hadir perkataan rindu dalam tuturku. Selama beberapa tahun aku sendirian sahaja tanpa ada niat mengejar seorang hawa. Rupanya masih ada sekelumit diriku yang dahulu itu tersembunyi sekian lama. Akhirnya ia kembali memunculkan norma yang dahulu sangat sinonim dengan namaku. Abu jiwang.

Pastikah aku akan kembali menjadi seperti dahulu?

When tears fall...


Why must something so precious gone away from my life?
There are times when I kept telling myself to accept what had been written for me but in my mind I kept blurting out that my destiny is in my own hand. And that destiny is to be with her.
I didn't love her for her beautiful face, nor for her fair skin. But I love her for all the thing we did, moments we spend, feels we share and everything that make us together.

I pray to God to give me another chance to be with her. If only she knew my pray every night.

Gadisku

Entah kenapa malam ini susah sangat untuk aku lena. Dari bangun tidur petang tadi, aku asyik teringatkan sidia. Hatiku menjadi resah seribu bila rasa rindu datang menyapa tika ini. Aku mula memetik tali gitar dan alunan lagu-lagu rindu kunyanyikan untuk meluahkan isi hati.

Dialah gadis yang pertama kuluangkan waktu bersama semalaman. Masih teringat waktu itu bulan suci Ramadan berada dipenghujungnya. Aku dan sidia dalam satu flight yang sama untuk pulang ke tanah air. Tak pernah aku lepaskan walau sejenak sidia dari sisiku. Satu malam yang sangat panjang. Waktu itu aku harapkan flight delay dan lebih lama dapat aku luangkan masa bersama sidia. Tapi tatkala pagi datang, aku dan dia berpisah jua.

Dan buat pertama kali dan terakhir kalinya aku memegang erat tangannya dalam gelap malam disaksikan lampu layar bioskop. Tangannya kuusap lembut. Terasa bagai segalanya tenggelam dalam indahnya cinta. Indah. Tiada kata yang dapat mengungkapkan saat itu. Terlalu indah.

Tetapi aku masih disini. Hanya mampu menyanyikan bibit rindu ditemani gitar yang setia ini. Bilakan agaknya rasa ini akan hilang? Setiap saat jiwaku resah bergelora bila terfikirkan sidia. Dan setiap kalinya, fikiranku akan melayang jauh mengingati kembali kenangan lalu bersamanya.

"Tangannya yang pernahku pegang erat masih terasa hangatnya.
Oh Tuhan, aku kehilangan kata-kata untuk menterjemahkan rindu yang semakin tak dapat ku bendung ini."

Serabut Bijan

Pagi tadi atas sebab keterbatasan waktu, aku tergesa-gesa untuk makan tengahari. Belum pun segala makanan terhidang, aku sudah tidak sabar untuk mencicip nasi berlauk ayam sambal itu. Lalu aku ambil air basuh tangan sendiri dan aku letak dihadapanku.

Mungkin aku ada salah pada sesiapa sehingga Tuhan membalasku. Tanpa aku sedar tanganku mencapai mangkuk yang berisi air basuh tangan dan aku curah ke nasi. Hampir penuh pinggan itu digenangi air barulah aku sedar yang itu bukanlah kuah kari yang biasa aku letak. Ah! Kenapa boleh salah ni? Kawan yang bersamaku terkejut dan menanti tindakan apa yang bakal aku ambil.

Hatiku berbisik, mungkin ada dosa yang harus ku tebus. Namun pada siapa tidak ku tahu. Aku mengambil keputusan untuk menempah makanan lain.

Mungkin ada baiknya dari kejadian itu. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma terserah kepada kita untuk menafsirkan takdir yang telah ditetapkan Ilahi.

clarity calms

When it come to being myself, I just can't think straight.

"Aku selalu nak jadi sesuatu yang dapat dekat dengan orang lain. Tapi hakikatnya aku tak mampu mengubah diriku sebagai mana yang mereka mahu. Aku lebih senang untuk menjadi diriku sendiri.

Masih ada sekelumit rasa rindu dalam hati ini untuk bersama dengannya. Tapi selalu aku katakan pada diriku untuk melupakan rasa itu. Banyak kali aku bayangkan peristiwa yang menghancurkan hatiku dengan harapan agar rindu yang tak diundang segera punah. Dan seperti biasa aku hanya mampu berbaring melepaskan perasaan pada gitar kapok itu. Rasa ini tidak sikit pun berkurang.

Lemah dan sayu terlihat jelas pada diriku saat aku berjumpa dia. Telah kuat ku tahankan gelora dihati. Namun tetap terlihat pada nada tuturku yang tersekat-sekat. Kenapa masih kuat rasa dilubuk hati ini sedangkan hakikatnya telah jelas?

I feel so down

Its happening again..
I just can't take it anymore..


"Sangat lah down hari nie..uhuuue...damn..
Kenapa boleh rase camni ble nak dekat2 exam...adeih..


i miss her
i don't miss her
i miss her
i don't miss her
i miss her
i don't miss her
i miss her

"Tangannya yang pernahku pegang erat masih terasa hangatnya.
Oh Tuhan, aku kehilangan kata-kata untuk menterjemahkan rindu yang semakin tak dapat ku bendung ini."

Futsal frenzy


Sports are good for your health. And so is exercise for your physical and mental. Having good breakfast add ups to improve your life.

"Ade match futsal jap lagi...

Hopefully team ktorg leh la smpi semi paling kurang pun...kami kekurangan goalkeeper dan kami hanya main dengan 2 sub jek..worst come to worse, maybe smua pun pancit cpt..adeih..

Sudden rain

Something as big as house starts from a small brick..

"Hari ini aku tak dapat duduk tenang memikirkan dirinya yang sedang demam. Seharian aku resah gelisah. Kesana kesini seperti hilang arah. Akhirnya aku ambil keputusan untuk menghantar mesej ringkas sekadar ingin tahu keadaan dirinya. Lama kutunggu masih tiada jawab balas. Hatiku hampa kembali. *sigh*

Aku pulang kerumah dengan hati yang masih berkecamuk. Jiwaku tercari-cari sesuatu. Yang ingin ku pegang ketika ini hanyalah gitarku. Baru kutahu betapa aku sering meluahkan rasa dan rinduku pada gitarku yang satu. Tak tertahan rasanya tatkala tiada daya melawan gelora dijiwa ini. Aku hampir menitiskan air mata memendamkan rasa ini. Namun kujeritkan dalam batinku agar kuatkan semangat.

"Tangannya yang pernahku pegang erat masih terasa hangatnya.
Oh Tuhan, aku kehilangan kata-kata untuk menterjemahkan rindu yang semakin tak dapat ku bendung ini."

Just now

Up until now, there is no chances for me even to meet her..

"Hari ini sekali lagi aku menanti dirinya muncul dalam messenger buat keberapa kalinya. Namun penantianku tidak sia-sia. Entah bagaimana tiba-tiba dia hadir dikala aku memerlukannya. Aku teruja dalam rinduku seperti sudah bertahun lamanya tidak bertemu.

Seperti agak kekok awal perbicaraan kami tapi aku cuba untuk bersahaja sedang Tuhan saja yang tahu perasaanku ketika ini. Ternyata dia kurang sihat kerana cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini. Dia mengadu padaku keadaannya. Hatiku berbunga indah kerana dia masih sudi memberitahu padaku tentang hidupnya. Sebaik mungkin aku cuba memberi jawab yang dapat memuas hatinya. Apalah daya diri ini yang masih kurang pengalaman bertutur. Tapi aku senang hati dengan semua ini.

Seperti ada angin bayu yang meniup harapan baru dalam hidup ini. Biarlah lama mana pasti aku tunggu, kata hati kecilku katika ini."


"Tangannya yang pernahku pegang erat masih terasa hangatnya.
Oh Tuhan, aku kehilangan kata-kata untuk menterjemahkan rindu yang semakin tak dapat ku bendung ini."

dearly missed


Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am home again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am whole again

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am young again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am fun again

However far away, I will always love you
However long I stay, I will always love you
Whatever words I say, I will always love you
I will always love you

-Love song by 311-

"Tangannya yang pernahku pegang erat masih terasa hangatnya.
Oh Tuhan, aku kehilangan kata-kata untuk menterjemahkan rindu yang semakin tak dapat ku bendung ini."