This is a story about yesterday...
Semalam penat yang sangat sebab main futsal sampai pukul 2 pagi. Tapi puas terasa di hati sebab banyak dapat jaring gol. Balik rumah je, badan dah mula rasa sengal-sengal. Rasa lenguh sana, lenguh sini.Penat dia Tuhan je yang tahu. Dan aku pun terlelap dengan peluh kering dibadan.
Pagi itu, aku terjaga pukul 9. Aku duduk termenung sekejap melayan mengantuk yang masih tersisa. Rasanya mahu saja aku sambung tidur kembali. Tapi hari ini aku sudah menyusun waktuku untuk menyiapkan semua kerja yang masih tertangguh. Aku bangkit dari katil dan terus bersiap untuk menghadapi hari yang bakal memenatkan diri.
11.30WIB:
Sampai di rumah Julu. Lihat pintu yang bakal dijadikan bahan pementasan drama untuk Dinner nanti. Lepas tu cari Kibo nak suruh dia carikan orang untuk buat rangka pintu. Pastu dapat mesej dari kawan yang baru habis exam. Lapar dah pun masa tu. Dan aku terus pergi Netral untuk makan.
12.30WIB:
Jumpa Aidil di FK untuk menyelesaikan masalah Dinner yang masih tak kunjung selesai. Masih menunggu bila band Zul nak training. Dalam masa itu aku terserempak dengan sidia. Aku terlalu sibuk untuk duduk semeja bersembang. Cuma sempat menyapa dan berbalas senyuman. Kemudian aku hantar Gaddafi balik rumah dan aku kembali ke FK.
14.00WIB:
Tukang rumah sampai dan aku minta dia tolong setelkan problem pintu untuk pementasan tu. Dah siap ukur segala macam, aku bersiapkan diri menghadap Tuhan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Selepas itu aku terus pergi ke FK untuk ambil Aidil ke tempat training band Zul.
(Aku dah penat taip..so aku short kan je la ek..huhu)
15.00WIB:
Band Zul kene tunggu sejam sblum dapat training.
16.00WIB:
Mula training band Zul.
17.00WIB:
Pergi Sun Plaza nak cari kek untuk Julu. Tapi last2 end up tengok cerita dragonball kat wayang. Dan buat kali kedua aku terserempak dengan sidia. Kali ini aku tak melepaskan peluang. Aku duduk bersembang sambil wajahnya ku tenung sedalamnya. Walaupun masa sangat mencemburui detik itu. Sekadar melepaskan rindu yang telah lama terbungkam disudut hati.
20.30WIB:
Baru lepas makan kat Thai express. Pastu hantar Sarah balik rumah untuk tukar baju dan siap untuk futsal. Lepas tu gerak pergi rumah Aiman.
21.30WIB:
Main FIFA09 dengan Aiman. Tunggu sampai semua orang dah siap untuk futsal.
23.00WIB:
Mula main futsal selama 2 jam. Penat yang melampau.
01.00WIB:
Lepak kat paem. Celebrate besday Julu dengan Qurot.
03.00WIB:
Sampai di rumah dan terus melelapkan diri.
Sehari yang sangat melelahkan tapi puas sebab setiap masa terpenuhi. Seronok dapat keluar dengan kawan-kawan. Kalau berseorangan selalunya akan cepat bosan dan tak tahu nak buat apa. Pendek cerita, tersangat lah happy.
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment