Exam tinggal lagi 2 paper je lagi. So be strong abu.
Sangat banyak yang terluka hari ini. Bukan nak mengata sesiapa, tapi kalau nak bagi teguran pun at least appreciate lah orang yang dah buat keje penat2. Semua orang dah penat lelah buat keje sampai sanggup korbankan mase tido, makan pun cepat2, ade yang sampai skip kelas semata-mata nak bagi yang terbaik untuk acara nie. Boleh pulak dia senang2 cakap "saya tak nampak la manfaat dari dinner nih".
Dah la cube nak bandingkan program BADAR dengan Annual Dinner. Memang sah lah participant dia sangat jauh berbeza. Semua pun salah orang yang kelola BADAR sendiri. Masing-masing syok sendiri pikir diri sendiri lagi bagus dari orang lain. Dalam otak diorang mesti diorang pikir 'kalau diorang tak join program BADAR means diorang ni tak sebagus aku' or 'Aku bukan tak nak ajak diorang tapi komfem diorang takkan datang. Tak gune ajak pun.' WTF?! Name pun aktiviti persatuan. Sukahati la nak datang ke tak nak.
Daripada datang pastu kene laser, kene bebel, kene bakar telinga, baik je la duduk bilik study. Bukan nye bertambah baik. Silap2 lepas ni dia dah tak nak langsung terlibat dengan benda2 agama. Siapa yang nak dipersalahkan? Diri sendiri? BADAR?
Apa-apa pun semua benda ni dah buatkan aku emosi dan sangat la down. Bukan aku sorang je, Aidil siap menangis lagi sebab rasa kecewa. Penat2 berlatih,perah tenaga, perah otak, last2 kena pukul habis semua performance ktorang. Siapa yang tak makan hati bila keje yang kita buat sepenuh hati sepenuh tenaga, tiba2 ada orang kata ini tak ada faedah ni, tak ada guna buat. Rasa macam kena tusuk jarum pastu kena korek2 keluar. Kesian sangat kat Aidil.
Dan semua ini membuatkan aku tak dapat nak fokus untuk paper DPH4 nih. Memang la malang nasib aku dengan subjek ni. Mesti ada je batu penghalang. Bila aku dah semangat nak menghafal dan segala macam, ada je benda yang cuba nak buat aku down or nak buat aku lalai. Itulah sebabnya aku tak pernah dapat markah selain D untuk subjek ni. Entah apa lah nak jadi.
Thats all..
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment