Up until now, there is no chances for me even to meet her..
"Hari ini sekali lagi aku menanti dirinya muncul dalam messenger buat keberapa kalinya. Namun penantianku tidak sia-sia. Entah bagaimana tiba-tiba dia hadir dikala aku memerlukannya. Aku teruja dalam rinduku seperti sudah bertahun lamanya tidak bertemu.
Seperti agak kekok awal perbicaraan kami tapi aku cuba untuk bersahaja sedang Tuhan saja yang tahu perasaanku ketika ini. Ternyata dia kurang sihat kerana cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini. Dia mengadu padaku keadaannya. Hatiku berbunga indah kerana dia masih sudi memberitahu padaku tentang hidupnya. Sebaik mungkin aku cuba memberi jawab yang dapat memuas hatinya. Apalah daya diri ini yang masih kurang pengalaman bertutur. Tapi aku senang hati dengan semua ini.
Seperti ada angin bayu yang meniup harapan baru dalam hidup ini. Biarlah lama mana pasti aku tunggu, kata hati kecilku katika ini."
"Tangannya yang pernahku pegang erat masih terasa hangatnya.
Oh Tuhan, aku kehilangan kata-kata untuk menterjemahkan rindu yang semakin tak dapat ku bendung ini."
Swim
5 years ago
0 comments:
Post a Comment